Abu Idris al-Khawlani berkata," saya masuk ke dalam Majlis Damsyik, tiba2 di situ ada seorang pemuda yg suka senyum, dengan di kelilingi orang ramai. Jika orang2 itu berselisih pendapat mengenai sesuatu perkara, mereka menyerahkan persoalan itu kepadanya. Mereka kemudian menghuraikan pendapatnya.
Saya kemudian bertanya siapa pemuda itu." Dialah Muaz bin Jabal," jawab seorang lelaki...
Esok harinya, pagi2 lagi saya sudah datang, tetapi saya dapati Muaz sudah datang lebih awal. Saya nampak beliau sedang bersembahyang. Saya menanti sehingga beliau selesai sembahyang. Saya pergi menemui dari arah depannya.
Saya mengucapkan salan kepadanya dan berkata,'Demi ALLAH, percayalah, saya ini mengasihi saudara kerana ALLAH.'
'Adakah kerana ALLAH??' Muaz bertanya.
'Ya, kerana ALLAH,' jawab saya.
Muaz lalu memegang selendang saya, kemudian menarik badan saya kepadanya, dan berkata, 'Bergembiralah, saudara. Percayalah, saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata:'ALLAH yg maha suci berkata, 'Pastilah aku mengasihi orang2 yg saling kasih mengasihi kerana aku, duduk2 bersama kerana aku, saling ziarah menziarahi kerana aku, dan saling hadiah menghadiahi kerana aku.'"
~Hadis riwayat oleh Malik~
No comments:
Post a Comment