Pages

WaNitA beRdoSA...SemeNtaRa...

Kisah ini menceritakan seorang yg sngat berdosa yang hidup di zaman umat dahulu.Orang ini kemudiannya mendapat kemuliaan luar biasa dari Allah kerana sedia bertaubat.
Dia antara dosa besar yg sngat dimurkai Allh adalah perbuatan zina.Para Nabi dan Rasul juga murka kpd org-org yg melakukan perbuatan keji itu. Alkisahnya, pada umat terdahulu ada seorg perempuan yg menjadikn zina itu sebagai pekerjaannya.Dia mendapatkn wang dgn melacurkan dirinya. Dia sngat terkenal dgn kecantikannya yg menawan dan ini membuatkannya masyur di banyak daerah. Ramai lelaki yg tergila-gila padanya dan ingin menikmati kecantikannya itu. Di waktu yg sama ada seorg pemuda yg rajin beribadah yg juga telah mendengar tentang pesona perempuan itu dan pemuda itu juga tertarik kepadanya. Pemuda itu juga berangan-angan ingin memilik kecantikan perempuan itu.Kerana bayaran untuk perempuan itu sngat mahal, pemuda itu bekerja siang dan malam demi mendapatkn wang agar nanti dapat membayar perempuan itu. Setelah berhari- hari-, berminggu- minggu, berbulan- bulan, akhirnya pemuda itu mendapatkn wang yg cukup bnyak. Wang yg cukup utk membayar kecantikan perempuan itu. Pemuda itu lalu pergi menemui perempuan itu.Tentu shj perempuan itu gembira ketika didatangi pemuda yg tampan apatah lagi diketahuinya pemuda itu rajin beribadah. Dia merasa bangga dgn kecantikan mampu mengalahkan kezuhudan dan keteguhan iman seorang pemuda yg rajin beribadah. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik- baik sambutan. Ketika mereka berdua sudah berada di ruangan nyaman, dan jendela telah ditutup dan pintu telah dikunci rapat dan pemuda itu boleh melakukan apa shj kepada perempuan itu tiba-tiba, pemuda itu teringat akan Allah.
Pemuda itu teringat akan Allah. Pemuda itu teringat bahawa Allah sedang melihanya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yg sedang & akan dilakukannya. Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat. Dia sngt takut kpd Allah S.W.T. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu sngat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman. Maka perempuan itu pun berusaha untuk menenangkan pemuda tersebut.
Tetapi sebaliknya, pemuda itu malah menjadi semakin pucat, tubuhnya menggigil dn bergetar hebat. Dengan tergagap-gagap pemuda itu memandang perempuan itu,lalu berkata...
"Di kantung ini ada ratusan dinar, yg aku kumpulkan dgn bekerja bermati-matian selama berbulan-bulan.Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirmu. Kini aku sudah ada di hadapanmu. Kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa shj yg aku inginkn selama ini.. Akan tetapi, jika aku mealakukannya maka Allah akan murka kepadaku, dan Allah pasti akan menyediakan neraka yg menyala-nyala untukku. Aku takut kepada Allah. Aku tidak mahu kenikmatan sesaat yg tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga Allah nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka & mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah."
Pemuda itu meletakkn kantung wangnya di hadapan perempuan jelita itu, lalu melangkah ke pintu. Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dgn sikap pemuda itu dan apa yg telah didengarnya. Selama ini tidak ada lelaki yg dapat mengawal kesedarannya jika sudah berdua-duaan dgn dirinya. Tetapi sebaliknya, pemuda itu dapat berkata-kata seyakin itu. Perasaaan takut pemuda itu kepada Allah mengalahkan segala sihir pesona kecantikan yg dimilikinya seolah-olahh dirinya sama sekali tidak ada harganya di mata pemuda itu.
Pemuda itu meninggalkan tempat itu dengan air mata yg berguguran. Dia menangis takut kpd Allah. Pemuda itu malu kepada dirinya sendiri lalu meninggalkn kota itu dan ke kampung asalnya.Di kampungnya, siang dan malam beribadah, kerana telah melakukan dosa besar meskipun belum sampai ke tahap melakukan zina. Tetapi dia tetap merasakan yg dia telah melakukan dosa yg sngat besar, sbb dia telah mendekati zina. Bahkan dia juga sempat berazam utk berzina dgn pelacur cantik itu sehingga bertekad bekerja berbulan-bulan lamanya demi mendpatkan wang agar dapat berzina dgn perempuan itu. Pemuda itu terus menangis penuh penyesalan. Dia beribadah sebanyak-bnyaknya kerana ingin menebus dan menghapuskan dosanya.
Sejak kejadian itu, perempuan itu menjadi sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yg dimurkai Allah S.W.T. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya akan Allah yg memurkai org-org yg berbuat maksiat. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya bahawa ada neraka yg disediakan untuk org-org yg menentang Allah. Pemuda itu telah menyedarkannya bahawa ada kehidupan yg sebenarnya setelah kehidupan di dunia ini. Semenjak itu, perempuan itu bertaubat dan menangis siang dan malam kpd Allah. Lantas dia berazam & menanam tekad untuk mencari pemuda itu. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suami yg akan membimbingnya beribadah kpd Allah S.W.T. Berbulan-bulan dia mencari pemuda itu, tetapi tidak juga ditemuinya. Setelah berapa lama, dia mendapat tahu bahawa pemuda itu telah pulang ke kampungnya. Perempuan itu terus menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah. Dia dibeirtahu bahawa pemuda tersebut meninggal dunia dalam keadaan menangis dan beribadah kepada Allah S.W.T.
Pemuda itu memiliki saudara yg juga rajin beribadah. Perempuan bekas pelacur yg kini telah rajin beribadah juga akhirnya bernikah dgn saudara pemuda tadi. Perempuan itu telah bertaubat dgn sebenar-benar taubat. Taubat yg mampu membuat pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya .Dari pernikahan dgn ahli ibadah itu, perempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak-anak yg semua diangkat Allah menjadi Nabi. Dari rahim perempuan itu, yg kini berisi kalimat-kalimat thayyibah telah melahirkan manusia-manusia mulia yg dipilih Allah sebagai nabiNya.


Setiap manusia pasti pernah melakukan dosa, , baik dosa kecil mahupun dosa besar, kecuali para Nabi dan Rasul yg sudah pasti dijaga oleh Allah dari segala dosa dan kesalahan. Jalan terbaik bagi org-org yg melakukan dosa ialah bertaubat, memohon ampun kpd ALlah S.W.T. Orang yg mahu bertaubat dgn sebenar-benar taubat adalah mnusia yg yg dipilih & dikasihi oleh Allah S.W.T.

SURAT UNTUK KAUM ADAM..NAHH!!!BACALAHH!!!


Wahai kaum Adam,pertama sekali ana minta maaf atas kehadiran surat ini. Mungkin dengan kehadiran surat ini, timbul rasa amarah terhadap diri ini. Tangan ini mulai menulis apa yang terbuku di hati saat ini.


Ketahuilah Adam...
"Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersasar, pandangan hati yang bersih..itulah pandangan yang hakiki. Dari pandangan boleh membawa tingkat/ rendahnya iman seseorang itu. Sifat tawadhu' itu perlu bagi mendidik hati menjaga pandangan. Mata, telinga malahan juga tangan juga akan menjadi saksi di akhirat kelak atas apa jua perbuatan kita di dunia dahulunya..."


Wahai kaum Adam...Tundukkanlah pandanganmu, jagalah matamu, peliharalah kehormatanmu..."LA' TAKRABUZINA"~JANGAN HAMPIRI ZINA.
Ingatlahh~Tengok sekali itu REZEKI...Tengok kesekalian kali itu HARAM...Janganlah tengok kami, kaum Hawa.Kami tidak halal buatmu.Memang kami akui, kami mampu melemahkan imanmu..Kami tidak mahu disebabkan kami, kamu memuaskan nafsumu. Ingatlah, dari mata turun ke hati...Mata lah puncanya.. Memang silap wanita bila tidak menutup aurat serta menggodamu. Oleh itu, tundukkanlah pandangan jika engkau sayang akan imanmu...dan engkau takut akan Allah... Moga kita sama-sama meraih redhaNya... NUHIBBUKA FILLAH! <3


Wahai Adam...Niat di hati ini..hanyalah untuk menegur..bukan yang lain.Ana sedar ana tidak layak menegur ikhwan semua.Diri ini pun bnyak khilafnya..
Kalau ana lupa, ingatkan ana...
Kalau ana leka, bangunkan ana...
Kalau ana alpa, sedarkan ana...
Sama-sama mencari keredhaanNya...


Asif jiddan kalau sakitkan hati ikhwan semua...Ana tak berniat apa-apa pun. Cuma ingatkan saudara Islam ana sendiri.Salam nasihat dari kaum Hawa,Khair' ummah.^_^


Surah An-Nur, ayat 30.
Katakanlah kepada org laki-laki yg beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat."

AYUHH, WANITA KERJAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T!!!

Jom wanita kita kerjakan perintah Allah...Jom wanita kita tinggalkan larangan Allah

Jom kita tutup aurat...x usah kita tunjuk pd lelaki mahram yg bernafsu itu.Ayuh kita pelihara diri kita, jgn biar badan kita yg Allah anugerahkan ini dijamu mata lelaki.Kita cantik.Biarlah suami kita sahaja yg melihat kecantikan kita. Kasihan suami kita nanti kerana kecantikan isterinya harus dikongsi bersama lelaki lain. Kasihan dia. Kenapa? Sanggupnya kita membiarkan kecantikan kita ditayang kepada semua lelaki...Hinanya kita!!Ayuh kita bangkit!!Jangan kita turutkan hawa nafsu mereka. X susah untuk kita tutp aurat kita. Pakai tudung.Panas??Biar panas di dunia jgn panas di akhirat.Pakai tudung, tutup dada,rendahkan sanggul jgn biar nmpak bonggol unta. X semestinya pakai tudung x cantik..Untuk apa kita hendak kelihatan cantik di hadapan lelaki?Pakai tightsss...pakai baju ketattttt.UNTUK APA?????!!!Susah ka kita untuk pakai pakaian yg tutp aurat??Islam ini mudah.Kita yg melihat Islam ini susah. Islam mengajar kita menutup aurat. Ia dapat memelihara diri kita,melindungi diri kita. Apa tidak kita fikir??Apa kita seronok lelaki lihat badan kita???Allah sayang pd kita.Apa kita x nampak??Fikirkanlah...
Kasihan lelaki beriman di luar sana. Mereka berperang dgn iman mereka.Jangan kita tarik mereka ke neraka.Kasihan mereka. Mereka mudah kalah.Jangan kita biarkan mereka kalah.Biarkan mereka menang..menang memerangi nafsu mereka..itulah JIHAD..ayuhh!sama2 kita menari redha Allah..



Dalam Islam...kita wajib menutup aurat...Tetapi kenapa kita memandang ringan dgn aurat kita??X usah malu untuk menutup aurat.Tetapi malulah kerana kita malu untuk mengerjakan perintahNya...
Masih belum terlambat untuk kita menutup aurat. Setiap manusia tidak terlepas dri melakukan kesalahan. Tetapi setiap kesalahan harus disusuli dgn taubat.Allah Maha Pengampun..Mintalah keampunan dariNya..
Tutuplah aurat sayang-sayang sekalian.... Jangan kita biar aurat kita terdedah begitu sahaja. Sayangilah anugerah yang Allah berikn kpd kita.Tidak susah untuk kita tutp aurat.Biasakan diri kita untuk menutup aurat.
Tutuplah aurat kita...Jagalah kehormatan kita...Sama2lah kita mencari keredhaanNya....

^_^

DON'T MARAHH...MARAHH!!!



Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-A'raf,ayat 200 :
' Dan jika kmu ditimpa satu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ' 

Rasulullah S.A.W mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya, ' Jangan marah, jangan marah, jangan marah'

Satu hari terdapat seorang lelaki yang sedang marah di hadapan Rasulullah S.A.W. lalu Rasulullah S.A.W. menyuruhnya mengucapkan isti'azah

'Sesungguhnya orang-orang yang keresahan, kesedihan, emosi, dan amrah di dalam hati, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Diantara penawar tersebut adalah
1. Berusaha menghilangkan perasaan marah
dan orang-orang yang menahan amarahnya (Al-Imran:134)

dan apabila mereka marah, mereka memberi ampun (As-Syura:37)

2. Berwudhu' .Marah adalah bara api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Rasulullah S.A.W bersabda: Bersuci adalah sebahagian daripada iman.'

Juga sabdanya, 'wudhu' itu adalah senjata orang mu'min'

3. Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah dia berbaring.

4. Jika sedang marah, hendakalah dia diam dan jangan berbicara.

5. Sebolehnya, mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

SUMBER : LA TAHZAN (karya Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni.)

p/s: jangan marah-marah ya ... :D jangan biarkan syaitan bertepuk tangan gembira dengan sebab dapat menyalakan nafsu amarah di dalam diri. Api tidak boleh dibalas dengan api. tetapi mesti dibalas dengan air. Mengalah tak semestinya kalah. Banyakkan bersabar banyakkan beristighfar. apa-apapun muhasabah balik sebelum melakukan sesuatu..tepuk dada tanya iman. ^_^

"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: ' Aku bersama hambaKu selagi mana ia mendekatiku dan kedua-dua bibirnya bergerak(utk berzikir)"

~♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕


Rasulullah S.A.W gedung ilmu dan Ali adalah pintunya...

Suatu hari, semasa Ali memberi syarahan dalm suatu majlis ilmu datang 10 orang lelaki yg hendak menguji kehebatan ilmunya. 

"Wahai Ali benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali pintunya??"tanya salah seorang daripada lelaki itu.

"Memang benar..." jawab khalifah Ali bin Abi Talib.

Lelaki kedua bertanya, "Wahai Ali, mnakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta??"

"Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta"jawab Ali.

"Apa dalilnya wahai Ali ?"tanya lelaki itu lagi.

"Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain."jawab Ali 

Lelaki ketiga pula bertanya, "Wahai Ali manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"

"Tentulah ilmu lebih baik daripada harta." Ali menjawab tanpa marah.

"Apa dalilnya??"

"Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kmu yang menjaganya." jawab khalifah Ali.


Lelaki keempat pula bertanya, "Wahai Ali manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?Apa dalilnya?"

Maka dijawab oleh khalifah Ali "Wahai saudaraku, orang yang mepunyai harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang mempunyai ilmu mendapat ramai kawan.

Lelaki kelima  bertanya soalan yang sama.Lalu Ali menjawab,"Wahai sudarakau, harta itu apbila dibelanjakan ia akan kurang, tetapi ilmu jika diamalkan akan bertambah."

Lelaki keenam juga bertanyakan soalan yang sama,Maka dijawab oleh Ali "Wahai saudaraku orang yang banyak harta, biasanya kedekut, dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati"

Khalifah Ali memandang orang yg ketujuh lalu berkata, "Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati". 

Kepada lelaki ke lapan Khalifah Ali berkata.."Harta semakin lama disimpan ia semakin kurang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk."

Kemudian Khalifah Ali terus berkata...

"PEMILIK HARTA ITU AKAN BERKATA BAHAWA HARTA ITU MILIKNYA. TETAPI PEMILIK ILMU ITU AKAN BERKATA ILMU ITU MILIK ALLAH S.W.T"

Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga Khalifah Ali itu beredar. Orang ramai berasa kagum dgn Khalifah Ali.

"Sekiranya 100 orang yg datang bertanya satu soalan yg sama aku boleh memberi 100 jawapan yg berbeza,"kata Kalifah Ali Karamallahuwajhah.

Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:" Saya gedung ilmu dan Ali pintunya. Sesiapa  yang hendak menuntut ilmu, maka masuklah melalui pintu itu. "

KisaH FudHolaH biN uMaR aL-Laisi

Seorang penulis sejarah terkenal bernama Ibnu Hisyam menceritakan bahawa seorang kafir bernama Fudholah bin Umaer al-Laisi keluar dari rumahnya kerana melakukan tawaf dengan azam hendak membunuh Rasulullah S.A.W. Dia sebenarnya mengambil peluang untuk melaksanakan niatnya ketika baginda melakukan tawaf. Fudholah sentiasa mengekori Rasulullah. Tetapi tiba-tiba baginda menegurnya.
"Apakah yang sedang engkau fikirkan wahai Fudholah?"
Dengan sopan Fudholah berdalih.
"Tiada sesuatu yang aku fikirkan selain hanya mengingati Allah.."
Rasulullah S.A.W ketawa gembira dengan jawapan Fudholah itu, kemudian baginda berkata.
"Istighfarlah, mohon ampunlah kepada Allah S.W.T"
               Kemudian Rasulullah mendekati Fudholah sambil meletakkan tangannya yang mulia ke atas dada Fudholah. Setelah itu Fudholah Fudholah menceritakan peristiwa itu kpd seseorang.
"Selepas Rasulullah S.A.W meletakkan tangannya ke dadaku, aku dapati suatu perubahan besar telah berlaku kepadaku. Jika sebelum itu aku membencinya, tetapi setelah peristiwa itu fikiranku bertukar, baginda menjadi orang yang paling aku sayangi di dunia ini."
                Inilah bukti mukjizat Rasulullah S.A.W yg menyebabkan berlakunya perubahan luar biasa kepada Fudholah yang berazam hendak membunuh baginda sebagai individu yang paling dibenci. Dia membatalkan niatnya kerana hatinya telah mengasihi orang yang paling dibencinya itu.
                Sewaktu pulang ke rumahnya, Fudholah terserempak dengan gadis kesayangannya di pertengahan jalan. Lalu gadis itu mempelawa untuk berbicara sebagaimana biasanya apabila mereka bertemu. Fudholah menjawabnya dengan bersajak,
"Tidak upaya aku hendak berbicara denganmu seperti dahulu. Kali ini harap maaflah kerana Allah S.W.T  melarang aku bercakap dengan perempuan yang bukan mahramnya. Islam juga membataskan pergaulan tanpa ikatan perkahwinan. Jika engkau pergi ke masjid tadi dan melihat bagaimana berhala-berhala dirobohkan, nescaya engkau akan merasai betapa Islam begitu jelas cahayanya. Wajah syirik telah lenyap tertimbus oleh kegelapan".
                 Baru sebentar menerima Islam, Fudholah terus bertukar menjadi orang ang berakhlak mulia. Dia menjadi seorang muslim yang mengamalkan syariat Islam, tanpa bertangguh lagi. Inilah kehebatan kesan cahaya iman dan Islam kepada Fudholah. Walaupun wanita itu adalah kekasihnya, namun Fudholah tidak mengambil kesempatan seperti yang dilakukannya sebelum dia menjadi muslim. Dia henya akan berurusan dengan keluarga kekasihnya itu untuk urusan peminangan dan seterusnya bernikah, seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dia hanya bertemu semula dengan kekasihnya yang bergelar isteri.
 ^_^

AYUHH, UMAT ISLAM KITA BERSATU-PADU!!!

Seorang tua sedang terlantar sakit.Lalu beliau memanggil anak-anaknya. Ketiga-tiga anak lelakinya datang.Tujuan beliau memanggil ana-anaknya itu adalah untuk memberi wasiat.
Tiba-tiba, beliau menyuruh anak-anaknya itu, mengambil kayu.Kemudian,mereka mencari kayu.Setelah itu,mereka disuruh mematahkan sebatang kayu.Dengan jayanya,kayu itu dapat dipatahkan.
Kemudian, mereka disuruh membuat seberkas kayu dan mematahkannya. Namun, mereka bertiga gagal mematahkannya.
Mereka tetap disuruh mematakan kayu itu,tetapi mereka tidak juga berjaya. Akhirnya mereka mengalah.Mereka kecewa.
Org tua itu berpesan kepada anak-anaknya itu agar bersatu padu seperti seberkas kayu tadi.Kerana dengan bersatu padu, mereka akan menjadi kuat, dihormati dan mendapat keberkatan.
Mereka terdiam.Mereka kini faham erti sebenar yang dimaksudkan oleh ayah mereka.Mereka berjanji akan bersatu padu. 
Kini, mereka lebih faham bahawa apabila mereka bersatu padu mereka akan kuat, manakala apabila mereka sendirian mereka akan berpecah belah.

p/s>Marilah umat Islam kita bersatu agar kita dpat menegakkan kebenaran. Jangan kita gentar, Jgn kita takut kerana kita punya Allah. Usah kita berpatah balik. Ayuh, kita maju menegakkan Agama Islam, agama Allah..!! Jgn biarkan umat Islam berpecah-belah..!AYUH.BANGKIT UMAT ISLAM..BANGKIT!!TEGAKKAN AGAMA INI KERANA ALLAH S.W.T!!!SUBHANALLAH!!!TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!





aKU Di jALAn mANa?

Aku...
Tidak terlintas untuk memilih jalan ini,
Adalah aku sudah dipilih oleh-Nya???
Di kalangan hamba-hamba,
Yang masih mencari kenikmatan hidup ini,
Dengan harapan....
Sinaran mentarimuncul kembali..... 

Aku...
Tidak pasti adakah ini jalan yang perlu ku lalui?
Jalan yang bakal menjadi penentu hidupku nanti,
Sedangkan insan lain leka dibuai mimpi, 
Namun aku pernah berjanji....
Tidak berundur walau sekali.....

Pengorbanan...
Tanpanya kita tidak tahu apa yang pernah dimiliki, 
Sayangnya...hanya aku yang merasai,
Betapa indahnya pengorbanan ini...

Pengorbanan...
Perlukah aku hebahkan betapa hebatnya hidup ini?
Ataupun betapa daifnya manusia kini,
Hanya menganggap ilmu ini tidak bererti,
Akanku buktikan kebenaran yang tersembunyi,
Sayangnya...hanya aku yang merasai betapa indahnya pengorbanan ini.

Aku...
Fikirku sentiasa berpesan kepada hatiku,
Tidak mahu digelar munafik,
Menipu diri sendiri Kerana impian menggunung tinggi,
Sanggup ku redah,
Walau sejuta halangan terpaksa ditempuh,
Kerana inilah lumrah duniawi...

Aku...
Kan tetap meneruskan perjuangan ini,
Walau badai datang menguji,
Dengan harapan nan suci,
Membina kehidupan bererti,
Menuntut redha Ilahi....



p/s>Ya Allah Engkau lindungilah aku dan sahabat-sahabatku sekalian..
Engkau tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Engkau berilah kami berdiri di jalan yang benar...
Kami hambaMu yang khilaf...
Yang tak terlepas melakukan kesalahan...
Engkau terimalah taubat kami...
Engkau ampunilah segala dosa kami,Ya Allah...
Amin Ya Allah,Amin Ya Rabbal A'lamin...^_^

TELAH KU PULIH JALAN- MU, YA ALLAH!!!

Telah ku pilih jalan-Mu
Jalan yg mendekatkan aku padaMu
Jalan orang - orang yg beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar- benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk ku buang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus - terusan kugagahkan 
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bntulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan 
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan 
Untukl mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan 
Cinta dari insan yang tak halal bagiku 
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk meneggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'TITANIC'
Tetap kupinta ia karam
Jika berlayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian. 
Dan akan kuterus tekadkan janji 
Kerana telah kupilih jalanMu ....
=___=

MANGKUK..MADU DAN SEHELAI RAMBUT..BACALAHH!!SYOK!!!


Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman  mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib.Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut. 

Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaanya
"Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cntik, org yg berima lebih manis drpd madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah drpd meniti sehelai rambut."
Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg mendalam perihal iman.

Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya,
"Kerajaan ini lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini, seorg raja yg adil itu lebih manis drpd madu ini dan memerintah dgn adil adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut" 
Berbeza drpd Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan. 

Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya iaitu, 
"Ilmu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, org yg menuntut ilmu itu lebih manis drpd madu itu dan beramal dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan.Ali berkata,
"Tetamu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, menjamu tetamu itu lebih manis drpd madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Fatimah juga turut memberikan pendapatnya,
"Seseorg wanita itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, wanita yg menutup auratnya lebih manis drpd madu dan mencari wanita yg tidak pernah dilihat oleh org lain kecuali muhrimnya lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Nabi Muhammad gembira  mendengar perumpamaaan-perumpamaan drpd para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya.
"Seorg yg memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini. Beramal dgn amalan yg baik itu lebih manis drpd madu dan melaksanakn dgn ikhlas lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,
"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cntik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis drpd madu dan memepertahanakan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar drpd meniti sehelai rambut"

(pendapat saya)~
"Syurga Allah lebih cntik drpd mangkuk yg cntik itu, nikmat syurgaNya lebih manis drpd madu dan jalan menuju ke syurgaNya lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

<Petikan drpd buku "Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada."> 


> Jihad Fi Sabilillah..<

Kita X Sedar Yg Kita Buat Dosa...Istighfar, sahabat!


Si lelaki~Assalamualaikum....

Si perempuan~Waalaikumussalam warahmatullah...

Si lelaki~( ada chance)Tengah wat pe 2??

Si perempuan~(sibuk jerw)Ntahh...

Si lelaki~(Boleh tahan)Hmm..Awt mcm tu plak??X borinx erk??

Si perempuan~X tahu lahh... 

Si lelaki~Aiikk..knpe cam2 plak??Sakit kerw??

Si perempuan~......

Selepas 20 minit...

Si lelaki~Tengah wat perw tue??bz erk??Hmm..tengah chatting ngan boyfriend erk??

Si perempuan~Mana ada.. X da masa ngan benda tu semua..

Si lelaki~X de boyfriend kerw??

Si perempuan~Malas nk pikiaq lagi...

Si lelaki~Hmm..wakk..sye rse sye suke awk le..Awk ni baik..Sye suke..

Si perempuan~Mcm mna tau saya ni baik??Yg baik tu x semestinya yg terbaik utk kita..

Si lelaki~Biarlah saye nk kata awk baik..

Si perempuan~(Lantak eqo la).....

Si lelaki~Oklah wak. Sye x nk kacau awk.Kesian kat awk.Oklah..bye sayang..Luv you.Mmuahhh!!!

Si perempuan~(yakkk..Ieeyeewww...Sorry x layan)

Si lelaki~Awak..sya luper ..nk no. awk leyh? boleyh kita bincang psal agama.. awk baik..alim..sye jahil..

Si perempuan~(laa..tdi nk outt x out lagi ka..? pergghh..yalahtu..) x dak ..

Si lelaki~Tipulah x mungkin awk x de... gtau lah..sya ni baik..sya x de niat jahat pun dkat awk..sya cuma nk kenal2 je..

Si perempuan~(ek eleh..tadi kata jahil skrg kta baik..sewellah mamat ni,, [-istighfar-] tadi kata nk blajaq agama..pastu nk kenal2..ishh bdak ni..) Sorry lah x dak..klu ada pun sya x bgi..

Si lelaki~x palah awak..dah org x sudi..nk wat cane

p/s: lelaki memang pandai berkata-kata yg bisa menggoyah iman wnita..jgn dilayan pujuk rayu mereka..tapi x semua..ada yg menjaga batas pergaulan antara laki dan perempuan.. sayang-sayang sekalian ..INGATT! kata-kata laki memang manis..jgn mudah tertipu.. JAUHI IKHTILAT!! 


Selepas 4 hari…
Si lelaki~(Bila dia nk on9 ni..?? X palah post kat wall dia jalahh..)

WALL POST!!

Hye!!Lama x chat..Sihat??I rindulahh..U x rindu kat I??Ohh my sweetheart, i know u miss me..
I miss u too...Love you. Muahh!!

60 people like this...
COMMENT!!!View all 48 comments...
Cik Ayu-Wahh...Dh maju!!

Cik Comel-Ada pakwe..X kasi tau aku punn..

Encik Handsome-Cayalahh lu bro..

Cik Cantik- Tidak ku sangka..hehe

Encik Smart- Please say I love u too... :)

Selepas seminggu…
Si perempuan~
Email..password.ok login.
Fuhh bnyaknya notification..
Click kat button tu.
Pi bawah..Scroll down
Si Lelaki post on your Wall
Click situ..

Si perempuan pun teliti profile fb nya itu..
Ya Allah, malunya aku…
X malukah lelaki itu???!!
Are you sure you want to delete this post??
Yes              No
Si perempuan itu menekan butang Yes
Si perempuan itu terus ke profile Si lelaki itu.
Scroll down..
Block this person
Are you sure you want to block this person??
Yes              No

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosaku. Engkau ampunkanlah dosa hamba-hambaMu di bumi Islam ini..
Sesungguhnya ramai manusia yang terlalu mengejar dunia yg fana ini...kami lupa, Ya Allah...Ampunkan kami Ya Rabb..Ya Ghaffar... taqabalallahu minna wa minkum..taqabbal Ya Karim..

PERKARA INI BUKAN SESEUATU YANG BAIK UNTUK DIBANGGAKAN ....SAMA SEPERTI BERPOSING DENGAN PASANGAN BUKAN MAHRAM! DEDAH AURAT SANA SINI! POSING MAUT!
AYUHH!!!KITA SALING INGAT-MENGINGATI SESAMA UMAT ISLAM...
SEDARKAN SAUDARA KITA YG LALAI 
INGATKAN SAUDARA KITA YG LUPA
BANGUNKAN SAUDARA KITA YG LEKA
INSAFKAN SAUDARA KITA YG ALPA
JANGAN TERUS-TERUSAN KITA BERBUAT KEMUNGKARAN DI MUKA BUMI INI..
SAMA-SAMA KITA AMALKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR! 




Berbuat Baiklah Sesama Manusia... ^_^



Allah menciptakan kita bukan untuk sia-sia..
Tetapi kerana tujuan mulia iaitu untuk beribadah kepadaNya....
Ibadah adalah kata yang mencukupi segala hal yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T....
Kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya adalah ibadah...
Bahkan berbuat baik kepada manusia diperintahkan dalam Al-Quran...

Surah Luqman(31) ayat 17-19:
"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap pa yang menimpa kamu. Sesungguhnyayang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sedehanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk ialah suara keldai."

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan- gangguannya." (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wudhuk dan khusyuk serta rukuk, sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa."(Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)

Ingatlahh...
Allah tidak rugi sedikitpun sekiranya kita tidak beribadah kepadaNya ...
malah kita yang rugi besar....
Allah sentiasa ingat kepada hambaNya yang ingat kepadaNya...
malah Allah sentiasa ada bersama hambaNya yang ada dekat denganNya..
Allah menerima doa orang yang dianiaya dan hamba yang ikhlas...
malah pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya..
lupakah kita bahawa Allah itu Maha Pengampun..???
Sudah bertaubatkah kita?
Sudah bersediakah kita berhadapan denganNya...??
Dan menjawab apa yang disoalNya???

Fikirkanlah...
Wallahu 'alam