Pages

Ku P!n@nG kAu dGN B!Sm!LLaH..

Dalam diam aku punya perasaan pada dia. Tapi, aku tak berani utk meluahkannya. Aku pendam. Aku sebaya dgn dia. Dia schoolmate aku sejak form 1 lagi. Perasaan ini hadir tiba-tiba tanpa diduga,tanpa dipinta. Aku biarkn ja perasaan ni. Perasaan ni aku letak jauh-jauh. "tak mau pikir lagi..x mau..xmau!aku nk study dulu.tu target aku." Aku pendam sampai aku form 5. Aku pun dh SPM dan dh dpat result pun. Alhamdulillah, doa aku termakbul juga. Terlaksana jua impian mak ayah aku..alhamdulillah. 


Tu dah selesai. Cuma satu..perasaan ni. Aku belum selesai. Ya! Harini jugak! X kira apapun harini jgak. harini aku akn luahkn pd si dia..


Aku jumpa dia..aku bawa ustazah. Orang yg paling aku percayai,hormati dan aku sanjungi.. Ustazah  menjadi org tgah antara aku dan dia..aku x mahu berikn ruang thdap syaitan yg x pnah bhenti menghasut ank cucu Adam..
Aku..Ustazah..Dia...Aku ckp dgn dia,ustzh ada di tgh2, antara kmi..
"Ana nk terus terang..Ana suka pd anti..Adakah anti suka pd ana? Tolong jwab ana dgn jujur.." (Terus aku melontar ayt..entah!aku selesa berbicara begitu dgnnya bersaksikan ustzah.

"Ya.."Jawab si dia dgn perlahan..
"Alhamdulillah..Sekiranya begitu..kita akn sama2 belajar bsungguh2 selepas ni,tunaikn amanah mak ayah kita terlebih dahulu sehingga mendapat segulung ijazah..Sekiranya ada jodoh,kita pasti akn bertemu..Percayalah,pada jodohNya.. Tetapi,dalam tempoh ini,kita tak boleh sama sekali berhubung. Surat,mahupun fb,chat,sms,kalikatur..bertukar hadiah,bertukar kad..even bertukar khabar. Ini syaratnya. Kalau antara kita melanggarnya, maka terputuslah hubungan kita."
Dia setuju. Alhamdulillah..Kini hati aku tenang. Aku tidak segan dgn ustazah. Malah, aku berterima kasih kpdnya kerana sudi jd org tgh. Dia berbangga dgn keputusn aku. Ustazah juga ada berpesan padaku.
"Cintailah Allah..kerana kamu akn dicintai mereka yg juga mencintai Allah". Aku pegang kata2 ustazah. Aku suka pdanya kerana agamanya,insyaAllah..Ya!Perasaan ini fitrah manusia. Cara mengawal kita akn mengakibatkn kita berada di jalan betul atau sebaliknya.. Aku sentiasa berdoa kpd Allah agar sentiasa memberi aku petunjuk & tmpatkn aku dan saudara2 Islam ku di jalan yg benar..amin..

Alhamdulillah..kmi dpt pusat pengajian yg sama. Tapi,kami tidak pernah berhubung walaupun sama kuliah. Aku redha dgn Qada' dan QadarNya..Dia Lebih Mengetahui yg terbaik utk hamba2Nya..aku yakin itu! Aku teruskn dgn  kehidupn aku seperti biasa. Dia juga begitu. Kami ada diberi tugsn berkumpulan,tetapi aku tidak mengambil kesempatan. Aku x pernah memasang niat sebegitu thadap hamba Allah itu. Nauzubillah.. Selepas 5 tahun,alhamdulillah..aku dan dia berjaya memegang segulung ijazah. Itulah kejayaan terbesar kami thadap mak ayah yg tersyg. Air mata kegembiraan cukup menyentuh hati kecilku ini. Aku x ralat sama sekali bersengkang mata study..buat revision..assignment n mcm2 lg. Alhamdulillah..
Aku jumpa dia..aku bawa ustaz yg juga merupakn lecturer di pengajian itu. Orang juga aku percayai,hormati dan aku sanjungi.. Ustaz  menjadi org tgah antara aku dan dia..
Aku..Ustaz..Dia..Aku ckp dgnnya..Ustaz org tgh antara kami..
"Ana masih sukakan anti. Adakah anti juga begitu? Atau anti sudah ada yg lain yg memiliki hati anti? Jujur.. Ana sedia dgn apa jua jwpn anti..Kerana sesungguhnya Dia yg lebih Mengetahui."
"Ya..masih",jawabnya..
"Alhamdulillah..anti..Kita bekerjalah dahulu. Selepas 2 thun,sekiranya hati anti masih trbuka hati dkt ana,dan ada jodoh antara kita..bertemulah kita dgn izinNya. Syaratnya masih sama..Kita tak boleh berhubung. Adakah anti keberatan?"
"Tidak..insyaAllah.."
Itulah pertemuan terakhir aku dgnnya. Aku dgn hidupku. Dia dgn hidupnya. Alhamdulillah..selepas 2 tahun,aku pergi bejumpanya. Kali ini,tidak seperti dahulu.. Aku bertemankan ibu bapaku ke rumah org tuanya. 

"Ana masih suka pd anti. Adakh anti juga begitu? Atau anti sudah mempunyai org lain di hati anti? Jujur dgn perasaan anti.."
"Alhamdulillah..ana masih sama."
"Alhamdulillah.." syukur ke hadrat Ilahi.

"Bismillahirahmanirahim..Adakah anti sudi untuk menjadi zaujah dalam hidup ana? Adakah anti bersedia untuk menjadi sayap,melengkapkan hidup ana?"
Ku pinangnya dgn bismillah..
"Bismillahirahmanirahim..ya. Ana sudi dan ana sedia,insyaAllah.."
"Alhamdulillah.." seisi rumah
 merafa'kan kesyukuran ke hadratNya.

Dengan restu kedua ibu bapa kami,akhirnya kami diijabkabulkan.
Atas restu Allah..ku ingin memilikimu;
Ku berharap kau menjadi yg terakhir untukku..Restu Allah,ku mencintai dirimu..
KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH


 

Aku akan menikahimu..
Aku akan menjagamuu..

Ku kan selalu di sisimu..
Seumur hidupku

 uHiBBuKi fiLLaH,yA hABiBaTi..

Solat Awal Waktu..

Assalamualaikum..
pembaca sekalian, harini ana ada entry yg hendak ditulis. Apa yg ingin ditulis? Berkenaan suatu kisah benar..yg diolah menjadi kisah yg menarik.


Ada seorang gadis ini. Namanya Lia(bukan nama sebenar).  Dia seoarang yg amat menitikberatkn soal solat. Dia menitikberatkn solat di awal waktu.
Suatu hari, ibu Lia menyuruhnya memasak nasi. Jam kira-kira 1.20 tengah hari.Ibunya meminta dia memasak nasi untuk makan tengah hari. Pada saat itu,Lia sudah berwuduk dan dalam keadaan bersedia untuk menunaikan solat Zuhur. Namun, suruhan ibunya menghalangnya. Dia sedih.
Ketika,dia mengambil berasuntuk masak nasi,air matanya menitis. Laju. Dia sedih. 

Ibunya datang menjenguk ke dapur. Dilihatnya anaknya menangis. Dia mengeluh. "Bertuah punya budak. Sampai nak letak nasi pun sakit sampai menangis-nangis. Nak jadi apa lah anak mak ni.. Nak tolong mak pun susah ka,Lia?" Ibunya berleter kerana disangkanya anak daranya itu menangis sebab dalam keadaan kemalasan untuk membantu membuat kerja dapur. Sedangkan hakikatnya..
"Mak,Lia bukan nangis sebab mak suruh Lia buat kerja. Bukan Lia tak mau tolong mak. Lia nak.. Lia menangis sebab..
sebelum ni, selepas Lia amik wuduk,Lia tak pernah buat kerja lain melainkan terus solat. Mak,izinkan Lia solat dulu.Lia janji sekiranya Allah takdirkan Lia masih hidup sebentar lagi,Lia akan tanak nasi untuk makan tengah hari. Boleh,mak?" Merayu-rayu si anak di hadapan ibunya sambil teresak-esak. 

Ibunya terharu melihat sikap anaknya yg amat menitikberatkan tentang solat. Dia mengizinkan anaknya untuk solat. "Ibu apakah aku ni,sehingga tak tau apa yg ada di hati anakku. Sebaliknya berprasangka terhadapnya. Ya Allah.Astaghfirullahal adzim..." 


Suatu hari, Lia dan ibunya hendak ke suatu destinasi menaiki LRT. Ketika itu,persiapan semua sudah disiapkan. Cuma tuggu saat LRT tiba. Seminit sebelum LRT tiba, azan berkumandang menandakan masuknya waktu Asar. Lia mengajak ibunya solat dahulu. "Mak,jom solat dulu? Surau kat tepi tu ja..Jom,mak?" Ajak Lia sambil menunjukkan ke arah suatu sudut ke arah surau. "Lia,LRT nak sampai dah. Lagi berapa saat ja. Tunggu la sat. Kita naik LRT dulu. Bila sampai nanti, kita solatlah nak." Lia menjawab. "Kenapa mak?Mak ada masalah ka untuk solat?" "Tak..takda. Mak bersih ja." "Jom,mak solat dulu." " Lia..LRT nak sampai dah. Kita naik la LRT dulu,ya nak? Bila sampai rumah nanti,kita solatlah." Dengan tenang Lia menjawab.. "Mak,mak yakinkah kita akan sampai rumah dan dapat tunaikan solat? Mak yakinkah kita akan hidup lagi saat LRT ni bergerak? Mak pastikah kita akan sampai ke rumah? Kalau Allah izinkan kita mati di saat LRT ni bergerak macam mana? Biarlah mak. LRT tu ada bnyk. X pun..kita naik bas ja. Mak jangan risau. Allah kan ada?X baik mak,lewat-lewatkan solat. Jom mak,kita solat dulu?"
Betapa Lia menitikberatkan solat di awal waktu. Kita plak,macam mana? Renung2kn..


Ekceli x ramai yg tahu apa kelebihan solat di awal waktu. Solat still solat. ok apa dari yg tinggal solat. Sekurang-kurangnya solat gak kan? 
Apa ana boleh cakap.."Rugi..rugi orang yg solat lewat mahupun tinggal solat.Rugi.."
Sebab apa rugi plak?Sebab..sahabat x nmpak kelebihan dia. Ok!Mehh,ana bgi cntoh..


Ana jemput sahabat datang ke kenduri perkahwinan ana(contoh)..Tempoh majlis tu dari pkul 12 tghari sampai pukul 5 petang...Sahabat datang pukul 4.45 petang,masih dalam waktu yang ditetapkan cuma lambat. Lepas 2,sahabat nk makan. Sahabat tgk nasi tinggal sikit,lauk pun nk hbis dh..ayam tinggal tulang..Sahabat jumpa ana,tuan rumah n tnya "Saya datang dari jauh,knp tinggal bnyk ni ja?Saya datang penat2 nk tgk kamu kahwin.". Saya akn ckp.."Itulah..Kenapa x datang awal2?Awal2 tadi ada laa..Ada aiskrim lagi.Sekarang semua dh pakat datang,dh makan..Habis laa.."
Haaa!!!Nampak x? Nampak x kat mana kita rugi?? Sahabat datang awal,sahabat dapat lebih. Sahabat cuma datang lewat..dh rugi..nmpak x?
Begitu juga solat. Kita solat still solat. Cuma lambat. Bila waktu seterusnya nak masuk baru kalut nk solat. x kah rugi?Kita x nmpak keuntungan yg kita dpt kalau kita solat awal waktu. Kita x nmpak kerugian kalau kita x solat awal waktu. Sahabat,Allah panggil kita melalui azan. Kita kena bangun,kita kena sahut panggilan Allah.
Jangan lambat2kn. 



Itu contoh yg dpt ana bgi. Ana pernah tnya pd shbat fillah ana ttg ni.
Ini pandangannya.."X salah & x dosa kalau solat lewat.  Cuma ia akn melemahkan iman kita.  Solat ini ibarat hutang. Allah pnggil ja melalui azan,terus kita langsaikan hutang tu dgn mendirikn solat di awal waktu. Kalau,lambat-lambatkan,hutang tu akan Allah tambahkn dgn interest(bunga). Maksud bunga tu kat sini ialah,kita akan merasa masa itu singkat dan semakin sempit. Apa-apa kerja yg kita lakukan serba x menjadi. Sebab Allah dh pnggil,tp kita x nk datang. Jadi,Allah tambahkn bunga. Kesimpulannya,jangan lewat-lewatkan solat."
Sesetengah manusia bnyk yg suka lewat2kn> "Sat..sat..lg 5 minit." Adakah sahabat yakin sahabat akan hidup lg 5 minit?Ingat,perkara yg baik jgn ditangguh-tangguhkn. 
Ana ada seorang adik lelaki belum akhil baligh,tapi sudah berusia 11 tahun. Ana pernah kata kat dia bila ajak dia solat. "Bangun sebagai seorang Islam,pi solat. Jangan bangun sebagai saudara syaitan yg bersikap malas. Jangan bila Allah tarik nyawa nanti,x sempat nk bertaubat...Nauzubillah." (Bukanlah doa untuk dia,tetapi sebagai amaran untk mengajarnya solat.)
Sahabat,x rugi sahabat solat awal waktu. Berkorbanlah demi Allah,besar ganjarannya..  
LEBIH BAIK KITA TINGGALKAN SESUATU DEMI ALLAH,JANGAN KITA TINGGALKAN ALLAH DEMI SESUATU.

RENUNG-RENUNGKAN..^_^