Pages

Al-Kisah Percintaan Antara HATI Dengan IMAN..

Kadang-kadang hati kering tanpa sinaran hidayah daripadNya. 
Oh, iman.. Janganlah tinggalkan hati..
Hati sayang iman..
Andai iman pergi tinggalkan hati, pasti hati terluka...
Imanlah penawar hati...
Keranamu iman, Hati mengenal Sang Pencipta Yang Maha Pengasih..
Yang telah mengurniakan iman pada hati..
Iman, hati perlukan iman..
Ya Allah, Kau peliharalah iman ku ini..Ya Allah..
Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati..

Iman, hati perlukn iman..
Bila iman tiada di hati, tiada erti hidup di dunia ini..
Iman, ke mana iman pergi? 
Hati ini gelap tanpa iman..
Hati..hati harus digilap..
Agar hati sentiasa bersih dari terpalit cebisan kekotoran..
Bila hati kotor, iman pun hilang...
Bagaimana ingin menggilap hati tanpa iman?
Bagaimana ingin menggilap hati kalau iman tiada?
Iman, hati akan mencari iman!
Kerana iman sepatutnya berada di hati..

Iman, tanpa iman..hati mati... 
Ya Allah, Engkau tempatkanlah iman di hati..
Ya Allah, Engkau kekalkanlah iman di hati..
Jangan biarkan imanku lari, Ya Allah..
Ya Allah, bila iman ada di hati..
Hati tidak akan mati, Ya Allah..
Ya Allah, hati hanya ingin mati bersama iman, Ya Allah.. 

BerKasih Kerana ALLAH...

Abu Idris al-Khawlani berkata," saya masuk ke dalam Majlis Damsyik, tiba2 di situ ada seorang pemuda yg suka senyum, dengan di kelilingi orang ramai. Jika orang2 itu berselisih pendapat mengenai sesuatu perkara, mereka menyerahkan persoalan itu kepadanya. Mereka kemudian menghuraikan pendapatnya.


Saya kemudian bertanya siapa pemuda itu." Dialah Muaz bin Jabal," jawab seorang lelaki...


Esok harinya, pagi2 lagi saya sudah datang, tetapi saya dapati Muaz sudah datang lebih awal. Saya nampak beliau sedang bersembahyang. Saya menanti sehingga beliau selesai sembahyang. Saya pergi menemui dari arah depannya.


Saya mengucapkan salan kepadanya dan berkata,'Demi ALLAH, percayalah, saya ini mengasihi saudara kerana ALLAH.'
'Adakah kerana ALLAH??' Muaz bertanya.
'Ya, kerana ALLAH,' jawab saya.


Muaz lalu memegang selendang saya, kemudian menarik badan saya kepadanya, dan berkata, 'Bergembiralah, saudara. Percayalah, saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata:'ALLAH yg maha suci berkata, 'Pastilah aku mengasihi orang2 yg saling kasih mengasihi kerana aku, duduk2 bersama kerana aku, saling ziarah menziarahi kerana aku, dan saling hadiah menghadiahi kerana aku.'"
~Hadis riwayat oleh Malik~                                      

C!NTa MUKa BuKu

CINTA MUKA BUKU .. 

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
AKU TANYA KAMU ADAKAH KAU SUAMIKU ??
Oohh OK KAN SOALANKU ..

Bagaimana harus bersua
KITA BUKANLAH MUHRIM UNTUK BERJUMPA..
Perlukah kita cari peluang pertama
WALAUPUN KITA TAHU SALAH , LOGIKAH IA ??? ..

Banyak persoalan yang berada di minda
APAKAH AKU PATUT LAYAN SAJA ..
Otak kata jangan hati pula kata ya
KALAU AKU PERGI , ALLAH PASTI MURKA ..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus TANYA ALLAH YANG MAHA KUASA ..

KALAU KAU RASA ,KAU MAHUKAN AKU
SILA JUMPA UMI DAN ABIKU ..
OHH OHH PASTINYA IA RESTU ..

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu MENANGIS TERHARU ..
Ooh
AKU HARAPKAN SESUATU
CINTAILAH ALLAH YANG SATU DAHULU .. 

Kisah Imam Abu Hanifah.

Imam Abu Hanifah dicabar  oleh golongan atheis(golongan yg tiada pegangan agama) berdebat ttg kewujudan Allah S.W.T. Beliau sengaja datang lewat ke majlis perdebatan tersebut. Golongan atheis mengambil peluang ini untuk mencemuh Imam Abu Hanifah.
Sewaktu Iman Abu Hanifah muncul. Beliau berkata:  "Saya datang dari ang'Sungai Dajlah'. Tadi, saya menunggu lama dipangkalan tetapi tiada kapal yg dapat saya tumpangi sehingga saya bercadanguntuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, saya ternampak sepohon kayu dipermukaan air Sungai Dajlah. Kayu itu terbelah menjadi kepingan-kepingan papan yg tersusun rapi dan menjadi sebuah kapal yg cntik.Saya menaiki kapal tersebiut dan sampai ke sini." Golongan atheis marah apabila mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. 

Mereka berkata: "Janganlah kamu mempermainkan kami! Adakah logik kayu dan papan boleh tersusun sendiri hingga menjadi kapal?Tanpa pencipta?"
Imam Abu Hanifah menjawab: " Inilah jawapanku terhadap persoalan yg kamu ingin perdebatkan. Bagaimana kamu berkata dunia yg tersusun indah ini tidak ada penciptanya, adakah ini logik mengikut pandangan kamu?" 
Golongan atheis terpegun mendengar kata-kata Imam Abu Hanifah. Mereka menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya, mereka memeluk Islam di hadapan Imam Abu Hanifah.

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakhbar!


Abu Lubabah

Abu Lubabah memohon keizinan drpd Rasulallah s.a.w berjumpa Yahudi Bani Quraizah yg sdg dikepung oleh Rasulallah dan para sahabat. Dia disambut dgn tangisan wanita yahudi dan kanak2. Apabila mendengar rintihan dan tangisan mereka hatinya menjadi lembut. Pemimpin yahudi mengambil kesempatan ini utk mengetahui rahsia tentang tindakan Rasulallah terhdp mereka yg tlah melanggar perjanjian. Mereka bertanya "Adakah kami akn dihalau seperti yahudi Bani Khoinukag dan Bani al-annathir? Abu Lubabah tidak berkata apa2 apabila mendengar soalan i2. Dia hanya mengisyaratkn dgn tangan kelehernya yg bermaksud "bunuh" atau "perang". Beberapa detik selepas kejadian i2 Abu Lubabah menyedari kesalahannya membuka rahsia tentera Islam. Beliau malu kpd Allah dan Rasulallah serta umat Islam. Abu Lubabah msuk ke masjid Nabawi dan mengikat drinya ditiang masjid. Sambil menangis dia berkata " Saya tlah mengkianati Allah dan Rasulallah." Beliau tidak akn membuka ikatannya sehingga Allah mengampunkn dosanya. isteri dan anak-anaknya membuka ikatan apabila msuk waktu solat kemudian dia mengikat drinya semula. setelah enam hari berlalu, Rasulullah SAW menerima wahyu yang menjelaskan bahawa Allah SWT mengampunkn dosa Abu Lubabah. isteri Rasulullah yang bernama Ummu Salamah memberitahu kepada sahabat berita gembira itu. para sahabat mengucapkan tahniah dan cuba membuka ikatan Abu Lubabah. Abu Lubabah tidak membenarkan mereka membuka ikatan tersebut dan berkata " biarlah Rasulullah yang membuka ikatanku dengan tangannya yang mulia." apabila msuk waktu Subuh, Rasulullah SAW msuk ke msjid dan membuka ikatan serta menyampaikan berita gembira, pengampunan Allah terhadapnya.


Rasulullah pun membaca ayat berikut :

وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 



Maksudnya:.......dan segolongan lagi mengaku dosa yang mereka lakukan, mereka mencampur amalan yang baik dengan amalan yang berdosa, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Analisa siapa diri kita.
Analisa adakah Islam sempurna?
Analisa adakah Iman sempurna?

Kita mengaku adanya Tuhan...
Namun, larangan tetap dilakukan
Ada Malaikat kiri dan kanan...
Tidak diendah akan kehadiran
Percaya Rasul dan para Nabi...
Sunnah mereka tidak diikuti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan 

Hidup akhirat, engkau yakini...
Masih mengejar nikmat duniawi
Qada' dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah, hilang redha dan kesabaran


Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya


Analisa...Setinggi manakah taqwa?
Analisa...Semulia manakah kita?
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya?
tanyalah diri kita...

Muhasabah Diri...Sombongkah Aku??

KESOMBONGAN SIFAT TERCELA
Sombong, bongkak, angkuh atau takabbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah yakni sifat tercela atau keji. Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah SWT serta boleh menghalang kita dari memasuki syurga. Firman Allah SWT yang bermaksud: "... Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina" (QS Al-Mukmin [Ghafir]:60)


Sifat sombong atau takabbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takabbur zahir dan takabbur batin. Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.


Imam Al-Ghazali berkata: "Orang yang takabbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar."


Takabbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis laknatullah menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam AS. Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam AS sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya.


Takabbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takabbur terhadap Allah SWT, takabbur terhadap rasulNya dan takabbur sesama manusia. Takabbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancamanNya dan memandang rendah segala syariat dan peraturanNya.


Takabbur terhadap Rasulullah SAW ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda adalah seorang anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takabbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.


Takabbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana akan turut memburukkan nama jemaah yang diwakilinya.


Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu:


1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dengan dosa.


2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.


3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.


4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.


5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.


6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


Allah SWT berfirman : "Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."
(An-Najm : ayat 32)


Allah SWT berfirman : “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman : ayat 18-19)

Pada-Mu jua ku serahkan segalanya...

ku lafashkan nama_MU..
di setiap waktuku..
di antara detak jantungku..
di antara hembusan nafasku..
ada DIA yang telah lama bertahta di hatiku..
ku agungkan cinta_MU..
ku agungkan kebesaran_MU..
cinta_MU utuh tak tersentuh..
cinta_MU tak nampak di penglihatanku..
cinta_MU begitu lembut kurasakan..
Ya Latif..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
diriku hanyalah insan yang lemah..
yang mudah terpuruk dan terjatuh..
kuatkanlah aku selalu..
dalam dekapan_MU di sepertiga malamku..
hanyalah di atas sajadah..
di antara tilawah kalam2_MU..
di antara tasbih dan dzikir..
deraian air bening ini kadang tak mampu ku tahan..
Rintihan do'a yang kumunajatkan..
adalah saksi bisu cintaku pada_MU..
KAU lah sang penguasa hati..
jagalah hatiku..
dari rasa gelisah..
dari rasa malas..
dari rasa tak berdaya..
dari lemahnya iman dan taqwa..
dari dominasi manusia..
dari lemahnya berpikir..
dari lumpuhnya akal..
Ya Robb..
pada_MU jua ku serahkan segalanya..

Siapakah Yang Paling KEJAM???!!!!

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat
siapa yang paling kejam.


Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu dan akhirnya peremuan itu pengsan.


Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata, "Akulah orang yang paling kejam",


Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan
itu dan terus memukul perempuan itu sehingga
perempuan itu mati. Dan dia berkata "tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".


Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab "Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Amerika Syarikat.
Lelaki kedua adalah Israel.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya
berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!!Adakah ini Islam yg kita inginkn???!!!

Suatu hari nanti, Islam akan bangkit menegakkan kembali agama ini dari tentangan musuh Islam. InsyaAllah. Sama-sama berjihad di jalan Allah! TAKBIR! ALLAHUAKHBAR!!!








p/s~ Sama-sama kita muhasabah diri kita. Sama kita beristiqamah dalam amalan. Selamat Beramal!!!

Sekali kaki melangkah di jalan Allah, jangan undur. Biar masa berganti, aqidah jangan mati. 

Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah jangan goyah. Berjihad di jalan Allah dan mati 

dijalan Allah..

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman!!!

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila
karena
sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti
mengobrol(membebel) yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan
kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan
kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan s egala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan
negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak
menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma
agama
dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita
menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah
untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan
jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita
sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan
keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan
diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan
lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap
kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan
memiskinkan orang;


terima kasih...............sama-sama kita muhasabah diri.. ^_^

"TeMan Sedar, TeMan Belum Setanding Mereka.Tetapi TeMan Akan Berusaha Untuk Jadi Lebih Baik Daripada Mereka"

MENCARI TEMAN KE SYURGA....^_^






MENCARI TEMAN KE SURGA....
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T.
Teman yang baik petunjuk jalan, penguat langkah dan azam,
pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-
sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah
seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka,
untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh,
demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman
lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah ke taman syurga.


"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku. teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan kami."
(20:29-35)


Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seseorang hamba sesudah Islam , selaain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah dia berpegang kepadanya..”Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh. =)


Salah satu jenis manusia yang ALLAH SELAMATKAN ketika di PADANG MASYAR ialah..


Dua orang (lelaki dengan lelaki serta perempuan dengan perempuan)yang bertemu, berpisah & berkasih HANYA KERANA ALLAH S.W.T.. )

PSSSTTT..RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA..BACA NI..




5 kg penuh pegangan kepada Tuhan dan ajaran agama


3 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara kerana Allah


1500 g rasa tanggungjawab


4 keping rasa kesyukuran dan ketakwaan


3 ½ cawan daya penambat hati


2 cawan pati kemanusiaan


1 ulas budi bahasa


1 cupak doa


2 paket keyakinan diri masing- masing dorongan dan sokongan


1 sudu perasaan timbang rasa


1 sudu teh rasa kepuasan
2 genggam kepercayaan


1 camca puji-pujian dan gurau senda


2 gelas ucapan terima kasih


1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi


2 hiris kata-kata maaf


1 cubit campur tangan mertua


CARA MEMBUATNYA:~


1)Panaskan rumahtangga dengan ikatan pernikahan
2)Masukkan 1500 gram rasa tanggungjawab
3)Tumiskan 4 keping rasa kesyukuran dan ketakwaan. Biarkan selama-lamanya.
4)Campurkan 3 ½ cawan daya penambat hati dan 2 cawan pati kemanusiaan sekaligus.
5)Masukkan 1 ulas budi bahasa.
6)Adunkan dengan 1 cupak doa kebahagiaan.
7)Siatkan keyakinan diri masing-masing.
8)Gaulkan 1 sudu perasaan timbang rasa dan 1 sudu teh rasa kepuasan. Sebatikan.
9)Masukkan 2 genggam kepercayaan dan asingkan rasa cemburu dan curiga.
10)Padamkan api kemarahan. Tambahkan 1 camca puji-pujian dan gurau senda.
11)Tuangkan 2 gelas ucapan terima kasih serta 2 hiris kata-kata maaf.
12)Didihkan dengan 1 sukatan kewangan yang mencukupi.
13)Uli dengan campur tangan mertua.
14)Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan.
15)Hiaskan dengan cahaya mata mengikut kehendak/ kemampuan masing-masing.


PERINGATAN!!!


Jangan sesekali dihidangakn dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Hidang di meja kesabaran. Hiaskan dengan senyuman manis dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah ia tidak akan expired dan mampu bertahan untuk selama-lamanya.

PANTUN AURAT...^_^




karya sahabar seIslam di Facebook>>>Khairul Anuar

Pantun Aurat:




Pakai mini sekerat,

Suka pakai baju ketat,

Suka pulak menunjukkan pusat,

Hingga x pedulikan lg batasan aurat,

pakai pulak yg sendat-sendat,

kadang2 sampai nampak yg tersirat,

x kira bujur, x kira bulat,

Bila dah mcm tu, spe lihat pasti tercegat,

Bila dah tercegat, silap gaye jadi gawat,

Bohsia bohjan lg dahsyat,

Duduk jauh berkirim surat,

Bila berjumpa,tangan berjabat,

Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,

Masa tu, nafas naik tersekat-sekat,

Usah dipedulilah agama dan adat,

Usah ditakuti ALLAH dan malaikat,

yg penting ape yg kite nk buat, kita buat,

Akhirnya, bile dah buat, perut kempis jadi bulat,

Maka, tunggulah lahirnya anak-anak yg x cukup sifat,

Bayi dibuang merata tempat,

Maknanya ketika itu, Iblis mula melompat,

Iblis kata ape? "habis manusia dah masuk jerat",

"habis manusia telah tersesat",

Inilah dia fenomena masyarakat,

Oleh itu, wahai saudara saudari dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa, kita mungkin akan menghadapi HARI AKHIRAT,

Sampailah masa kita semua akan berangkat,

Berangkat menuju ke AKHIRAT,

Disana kita akan ditanya ape yg kita buat,

Masa itu, sendiri mau ingat,

Umur Mu bnyak mane mu buat ibadat?,

Zaman muda Mu apa yg telah mu buat?,

Harta benda Mu, dari mana mu dpt?,

Ilmu Mu, adakah mu memanfaatkan?,

Semoga ia dpt mengingatkan kita supaya meninggalkan maksiat,

Dan memperbanyakkan ibadat,

dan bnyakkan BERTAUBAT.

Kaya Tanpa Iman!

Emas 1 gram berapa harganya? Kalau bumi ini ditimbang berapa gram beratnya?! Kalau ada emas sepenuh isi bumi dijual harganya kira-kira berapa ya? Wah… pasti mahal sekali, bisa untuk bersenang-senang tujuh turunan itu…!


Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kelak pada hari kiamat orang kafir akan didatangkan lalu ditanyakan kepadanya, ‘Bagaimana menurutmu seandainya kamu mempunyai emas sepenuh isi bumi apakah kamu mau menebus (siksaan) dengannya?’. Dia menjawab, ‘Iya tentu saja.’ Maka dikatakan kepadanya, ‘Sesungguhnya dahulu -di dunia- kamu diminta sesuatu yang lebih mudah daripada itu [akan tetapi kamu enggan dan tetap berbuat syirik].’.” (HR. Bukhari [6538] dan Muslim [2805])


Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu’anhu, beliau bercerita bahwa suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati pasar melalui sebagian jalan dari arah pemukiman, sementara orang-orang [para sahabat] menyertai beliau. Lalu beliau melewati bangkai seekor kambing yang telinganya cacat (berukuran kecil). Beliau pun mengambil kambing itu seraya memegang telinga nya. Kemudian beliau berkata, “Siapakah di antara kalian yang mau membelinya dengan harga satu dirham?”. Mereka menjawab, “Kami sama sekali tidak berminat untuk memilikinya. Apa yang bisa kami perbuat dengannya?”. Beliau kembali bertanya, “Atau mungkin kalian suka kalau ini gratis untuk kalian?”. Mereka menjawab, “Demi Allah, seandainya hidup pun maka binatang ini sudah cacat, karena telinganya kecil. Apalagi kambing itu sudah mati?” Beliau pun bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina di sisi Allah daripada bangkai ini di mata kalian.” (HR. Muslim [2957])


Kedua hadits di atas menerangkan kepada kita betapa tidak ada nilainya kekayaan dunia semata jika tidak disertai dengan keimanan. Oleh sebab itu sebanyak apa pun harta yang dimiliki oleh seseorang jika tidak dilandasi dengan keimanan kepada Allah dan rasul-Nya, maka di akherat harta itu tidak bermanfaat bagi pemiliknya. Sebagaimana Allah ta’ala tegaskan hal ini dalam ayat (yang artinya), “Pada hari itu -kiamat- tidak bermanfaat harta dan keturunan kecuali bagi orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.” (QS. asy-Syu’ara: 88-89).


Hati yang selamat itu adalah hati yang beriman dengan sebenarnya. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang kafir itu seandainya mereka memiliki segala isi bumi ini seluruhnya dan bahkan ditambah yang semisalnya demi menebus siksaan pada hari kiamat maka tidak akan diterima, dan mereka layak untuk menerima siksaan yang sangat pedih.” (QS. al-Ma’idah: 36)


Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan meninggal dalam keadaan kafir maka tidak akan diterima dari salah seorang mereka [tebusan atas siksa yang mereka terima] meskipun berupa emas sepenuh isi bumi kalaulah mereka mau menebus dengannya. Mereka itu adalah orang-orang yang layak menerima siksaan yang pedih dan tidak ada bagi mereka sedikit pun penolong.” (QS. Ali Imran: 91)


Maka keimanan yang benar adalah sumber kebahagiaan dan keselamatan meskipun ekonomi pas-pasan atau bahkan berada di bawah garis kemiskinan. Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku pernah melihat surga, ternyata di dalamnya dihuni kebanyakan oleh orang-orang miskin. Dan aku pun melihat neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.” (HR. Muslim [2737])


Kesulitan dan kesedihan dunia seperti apa pun yang dirasakan oleh orang-orang miskin yang menjaga keimanan mereka akan terlupakan hanya dengan satu celupan kenikmatan surga. Sebaliknya, selezat apa pun kenikmatan duniawi yang dirasakan oleh orang kafir di dunia, maka akan terlupakan dengan satu celupan siksa di neraka, na’udzu billahi min dzalik… Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kelak pada hari kiamat akan didatangkan penduduk neraka yang pernah merasakan kenikmatan paling lezat selama di dunia lalu dia dicelupkan di neraka sekali celupan. Kemudian ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kebaikan? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan?’. Maka dia menjawab, ‘Sama sekali tidak pernah, wahai Tuhanku.’ Dan juga didatangkan penduduk surga yang hidupnya paling susah selama di dunia, lalu dicelupkan sekali celupan di dalam surga. Kemudian ditanyakan kepadanya, ‘Wahai anak Adam, apakah kamu pernah melihat kesusahan? Apakah kamu pernah merasakan kesulitan?’. Maka dia menjawab, ‘Sama sekali tidak pernah, wahai Tuhanku. Aku belum pernah merasakan kesusahan dan belum pernah melihat kesulitan.’.” (HR. Muslim [2807])


Hal ini menunjukkan kepada kita betapa agungnya kesabaran dan betapa besar ganjarannya di sisi Allah. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan balasan amalnya tanpa hitungan.” (QS. az-Zumar: 10). Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (QS. al-Anfal: 46). Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS. Ali Imran: 146)


Kemiskinan dan kesulitan perekonomian memang tidak menyenangkan, akan tetapi jika seorang hamba bersabar menghadapinya dan tetap menjaga nilai-nilai keimanan yang ada di dalam dirinya, niscaya kesabaran itu akan mengantarkannya menuju pintu surga. Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Surga itu diliputi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan dan neraka itu diliputi oleh hal-hal yang menyenangkan (nafsu).” (HR. Muslim [2822])


Imam Muslim juga meriwayatkan dari Shuhaib radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Semua urusannya adalah baik untuknya. Dan hal itu tidak dijumpai kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila dia mengalami kesenangan, dia pun bersyukur. Maka hal itu adalah baik untuknya. Dan apabila dia mengalami kesusahan, dia pun bersabar. Maka hal itu pun baik untuknya.” (HR. Muslim [2999])


Apabila ternyata kekayaan materi semata sama sekali tidak menjanjikan kebahagiaan, bahkan terkadang kemiskinan jauh lebih menyelamatkan dan mengantarkan menuju kebahagiaan yang sejati, tentu saja seorang hamba tidak akan lagi memelihara sifat tamak dan rakus kepada dunia di dalam hatinya. Akan tetapi kenyataannya masih banyak juga orang yang lupa atau pura-pura lupa tentang hakekat kesenangan dunia yang fana ini. Sehingga mereka pun rela menjual agama demi mencicipi kesenangan dunia yang tak seberapa.
Sungguh indah perkataan seorang penyair,


“Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang cendekia,
Mereka ceraikan dunia dan takut akan fitnahnya.
Mereka perhatikan apa yang ada di sana.
Tatkala mereka sadar bahwa dunia bukanlah tempat tinggal sebenarnya.
Maka mereka jadikan dunia ini sebagai samudera,
dan mereka gunakan amal salih sebagai perahu yang berlayar di atasnya.”


(lihat Mukadimah Riyadhus Shalihin oleh Imam an-Nawawi)


karya>>>sahabat seperjuangan di Facebook

Ketakutan Hazrat Hanzalah r.a Terhadap Kemunafikan

Pada suatu ketika, kami berada dalam majlis Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam . Baginda Shallallahu Alaihi Wa Sallam telah menyampaikan khutbah yang telah menyebabkan hati - hati menjadi lembut dan air mata kami berlinangan. Kami juga telah mengenali hakikat diri yang sebenarnya. Setelah meninggalkan majlis nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam saya telah pulang ke rumah. Anak dan isteri saya telah dtg kepada saya dan bermulalah sedikit perbincangan tentang dunia. Saya mula bercakap dan bergelak ketawa bersama anak - anak. Saya pun bergurau dgn isteri, keadaan diri saya semasa berada di majlis nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam tadi mula hilang. Dengan tiba - tiba saya terfikir, "Apakah keadaan diri saya sebentar tadi dan sekarang apakah yang telah berlaku?" .




Saya telah berkata dalam hati, "Kamu telah muunafik. Pada zahirnya di hadapan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam keadaan kamu berlainan dan apabila pulang sahaja ke rumah, keadaan telah berubah menjadi begini."


Ini menyebabkan saya tersangat sedih lalu keluar dari rumah sambil berkata, " Wahai hanzalah , kamu telah menjadi munafik. "


Hazrat Abu Bakar Ra Diyallahu'anhu sedang datang dari arah hadapan. Saya memberitahu beliau, " Hanzalah telah menjadi munafik."


Setelah beliau mendengar kata - kata tersebut beliau terus berkata, "Subhanallah! Apa yang kamu kata ? Sekali kali tidak akan berlaku demikian."


Saya telah menerangkan kepada beliau , "Sewaktu kita berada dalam majlis Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam apabila baginda menceritakan keadaan syurga dan neraka , terasa seolah - olah kedua - dua tempat itu berada di hadapan kita. Apabila keluar dari majlis Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam dan pulang ke rumah kita sibuk dengan urusan anak, isteri dan harta sehingga kita lupa akan perkara itu. "


Hazrat Abu Bakar Ra Diyallahu'anhu pun berkata ,"Ini juga berlaku kepada kami sekerluarga." Oleh sebab itu, kami berdua pergi berjumpa Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam. Tiba di sana, saya telah berkata, "Wahai Rasulullah, saya telah menjadi munafik."


Baginda Shallallahu Alaihi Wa Sallam bertanya ,"Apakah yang telah berlaku?" Saya pun menerangkan,"sewaktu kami berada dalam majlis tuan dan tuan menceritakan tentang surga dan neraka maka kami terasa seolah-olah kedua-dua tempat itu berada di hadapan kami.apabila kami meninggalkan majlis tuan lalu sibuk bersama isteri serta urusan rumah tangga maka keadaan itu terus dilupakan."


Baginda Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, " Demi zat dan jiwa dalam gemggamanNya , sekiranya setiap waktu keadaan kamu sama seperti ketika berada di hadapanku maka para malaikat akan bersalaman dengan kamu walaupun di atas hamparan tidur dan sewaktu dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, wahai Hanzalah, keadaan itu jarang - jarang sekali berlaku. "
(Ihya' - 'Ulumuddin)




Ibrahim An-Nakha’i berkata : “Perkataan dan perbuatan saya tidak pernah bertentangan, kerana saya takut menjadi seorang pembohong.”


Ibnu Abi Mulaikah berkata : “Aku mengetahui 30 orang sahabat Rasulullah saw yang takut akan kemunafikan dirinya. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang mengatakan bahawa iman mereka serupa dengan iman Jibril dan Mikail.”


Kemudian disebutkan dari Hasan : “Hanya orang yang beriman yang takut akan kemunafikan, dan hanya orang munafik yang selalu dalam kemunafikan.”


Hanya taubat yang dapat mengingatkan orang munafik dari perbuatan maksiat dan kemunafikan. Allah SWT berfirman : ‘Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.” (Al-i-‘Imran : ayat 135)


karya>>>sahabat seperjuangan di Facebook

AWAS! JANGAN HAMPIRI ZINA!



وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا


“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)


Penjelasan makna ayat


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا


Dan janganlah kalian mendekati zina.


Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)


Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya, “Larangan mendekati zina lebih mengena ketimbang larangan melakukan perbuatan zina, karena larangan mendekati zina mencakup larangan terhadap semua perkara yang dapat mengantarkan kepada perbuatan tersebut. Barangsiapa yang mendekati daerah larangan, ia dikhawatirkan akan terjerumus kepadanya, terlebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina.” (Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal.457)


إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً


Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji.


Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Maksudnya adalah dosa yang sangat besar.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)


Asy-Syaikh As-Sa’di berkata, “Allah subhanahu wata’ala menyifati perbuatan ini dan mencelanya karena ia (كَانَ فَاحِشَةً) adalah perbuatan keji.


Maksudnya adalah dosa yang sangat keji ditinjau dari kacamata syariat, akal sehat, dan fitrah manusia yang masih suci. Hal ini dikarenakan (perbuatan zina) mengandung unsur melampaui batas terhadap hak Allah dan melampaui batas terhadap kehormatan wanita, keluarganya dan suaminya. Dan juga pada perbuatan zina mengandung kerusakan moral, tidak jelasnya nasab (keturunan), dan kerusakan-kerusakan yang lainnya yang ditimbulkan oleh perbuatan tersebut.” (Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal.457)


وَسَاءَ سَبِيلًا


dan (perbuatan zina itu adalah) suatu jalan yang buruk.


Al-Imam Ath-Thabari rahimahullah mengatakan, “Dan zina merupakan sejelek-jelek jalan, karena ia adalah jalannya orang-orang yang suka bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala, dan melanggar perintah-Nya. Maka jadilah ia sejelek-jelek jalan yang menyeret pelakunya kedalam neraka Jahannam.” (Tafsir Ath-Thabari, 17/438)


Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menafsirkan lafazh ayat (yang artinya) “suatu jalan yang buruk” dengan perkataannya, “Yaitu jalannya orang-orang yang berani menempuh dosa besar ini.” (Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 457)


Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah menyatakan bahwa Allah subhanahu wata’ala mengabarkan tentang akibat perbuatan tersebut. Bahwasannya perbuatan tersebut adalah sejelek-jelek jalan. Karena yang demikian itu dapat mengantarkan kepada kebinasaan, kehinaan, dan kerendahan di dunia serta mengantarkan kepada adzab dan kehinaan di akhirat. (Lihat Al-Jawab Al- Kafi, hal. 206)


Hal-hal yang mengantarkan kepada perbuatan zina


Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin. Islam menutup rapat-rapat semua celah yang dapat mengantarkan seorang hamba kepada kejelekan dan kebinasaan. Atas dasar ini, disaat Allah subhanahu wata’ala melarang perbuatan zina, maka Allah subhanahu wata’ala melarang semua perantara yang mengantarkan kepada perbuatan tersebut. Disebutkan dalam kaedah fiqih:


وَسَائِلُ اْلأُمُورِ كَالْمَقَاصِدِ


Perantara-perantara seperti hukum yang dituju.


Zina adalah perbuatan haram, maka semua perantara/wasilah yang dapat mengantarkan kepada zina juga haram hukumnya. Diantara perkara yang dapat mengatarkan seseorang kepada zina adalah:


1. Memandang wanita yang tidak halal baginya


Penglihatan adalah nikmat Allah subhanahu wata’ala yang sejatinya disyukuri hamba-hambanya. Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (An-Nahl: 78).


Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya. Justru digunakan untuk bermaksiat kepada Allah subhanahu wata’ala. Untuk melihat wanita-wanita yang tidak halal baginya. Terlebih di era globalisasi ini dengan segenap kecanggihan teknologi dan informasi, baik dari media cetak maupun elektronik, seperti internet, televisi, handphone, majalah, koran, dan lain sebagainya, yang notabene-nya menyajikan gambar wanita-wanita yang terbuka auratnya. Dengan mudahnya seseorang menikmati gambar-gambar tersebut. Sungguh tak sepantasnya seorang hamba yang beriman kepada Allahsubhanahu wata’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan hal itu.


Pandangan adalah sebab menuju perbuatan zina. Atas dasar ini, Allahsubhanahu wata’ala memerintahkan kepada para hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan. Allahsubhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Katakanlah (wahai nabi), kepada laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah subhanahu wata’alaMaha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka.” (An-Nur: 30-31)


Allah subhanahu wata’ala memerintahkan orang-orang yang beriman, baik laki-laki maupun perempuan untuk menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Termasuk menjaga kemaluan adalah menjaganya dari: zina, homosex, lesbian, dan agar tidak tersingkap serta terlihat manusia. (Lihat Adhwa’ Al-Bayan, Al-Imam Asy-Syinqithi 6/126)


Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Ini adalah perintah Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mereka menundukkan pandangan-pandangan mereka dari apa yang diharamkan. Maka janganlah mereka memandang kecuali kepada apa yang diperbolehkan untuk dipandangnya. Dan agar mereka menjaga pandangannnya dari perkara yang diharamkan. Jika kebetulan pandangannya memandang perkara yang diharamkan tanpa disengaja, maka hendaklah ia segera memalingkan pandangannya. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dalam Shahihnya dari shahabat Jarir bin Abdullah Al-Bajali radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku bertanya kepada baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamtentang pandangan secara tiba-tiba, maka beliau memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/399)


Manakala perbuatan zina bermula dari pandangan, Allah subhanahu wata’alamenjadikan perintah menahan pandangan lebih dikedepankan ketimbang menjaga kemaluan. Karena semua kejadian bersumber dari pandangan. Sebagaimana api yang besar bermula dari api yang kecil. Bermula dari pandangan, lalu terbetik di dalam hati, kemudian melangkah, akhirnya terjadilah perbuatan zina. (Lihat Al-Jawab Al- Kafi, hal. 207)


2. Menyentuh wanita yang bukan mahramnya


Menyentuh wanita yang bukan mahram adalah perkara yang di anggap biasa dan lumrah ditengah masarakat kita. Disadari atau tidak, perbuatan tersebut merupakan pintu setan untuk menjerumuskan anak Adam kepada perbuatanfahisyah (keji), seperti zina. Oleh karena itu, Islam melarang yang demikian itu, bahkan mengancamnya dengan ancaman yang keras. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


لأَنْ يَطْعَنَ فيِ رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ


“Seorang ditusuk kepalanya dengan jarum dari besi adalah lebih baik ketimbang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Ath-Thabarani, no. 16880, 16881)


Dalam hadits ini terdapat ancaman yang keras bagi orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. Hadits tersebut juga sebagai dalil tentang haramnya berjabat tangan dengan wanita (yang tidak halal baginya). Dan sungguh kebanyakan kaum muslimin di zaman ini terjerumus dalam masalah ini. (Lihat Ash-Shahihah, no. 1/395)


Dalam hadits lain dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَاْلأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ


“Ditetapkan atas anak cucu Adam bagiannya dari zina akan diperoleh hal itu tidak mustahil. Kedua mata zinanya adalah memandang (yang haram). Kedua telinga zinanya adalah mendengarkan (yang haram). Lisan zinanya adalah berbicara (yang haram). Tangan zinanya adalah memegang (yang haram). Kaki zinanya adalah melangkah (kepada yang diharamkan). Sementara hati berkeinginan dan berangan-angan, sedang kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Muslim no. 2657)


3. Berkhalwat (berduaan) di tempat sepi


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memperingatkan dalam haditsnya yang agung:


لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ


“Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah setan.” (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad)


Betapa banyak orang yang mengabaikan bimbingan yang mulia ini, akhirnya terjadilah apa yang terjadi. Kita berlindung kepada-Nya dari perbuatan tersebut.


Ber-khalwat (berduaan) dengan wanita yang bukan mahramnya adalah haram. Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya kecuali ketiganya adalah setan. Apa dugaan anda jika yang ketiganya adalah setan? Dugaan kita keduanya akan dihadapkan kepada fitnah. Termasuk berkhalwat (yang dilarang) adalah berkhalwat dengan sopir. Yakni jika seseorang mempunyai sopir pribadi, sementara dia mempunyai istri atau anak perempuan, tidak boleh baginya membiarkan istri atau anak perempuannya pergi berduaan bersama si sopir, kecuali jika disertai mahramnya. (Lihat Syarah Riyadhus Shalihin Asy-Syaikh Al-’Utsaimin,6/369)


4. Berpacaran


Berpacaran adalah suatu hal yang lumrah di kalangan muda-mudi sekarang. Padahal, perbuatan tersebut merupakan suatu perangkap setan untuk menjerumuskan anak cucu Adam ke dalam perbuatan zina.


Dalam perbuatan berpacaran itu sendiri sudah mengandung sekian banyak kemaksiatan, seperti memandang, menyentuh, dan berduaan dengan wanita yang bukan mahramnya, yang notabene merupakan zina mata, lisan, hati, pendengaran, tangan, dan kaki.


Itulah diantara hal-hal yang dapat mengantarkan anak cucu Adam kepada perbuatan zina. Barangsiapa menjaganya, selamatlah agamanya, insya Allah dari kejelekan diri-diri kita.I. Sebaliknya, barangsiapa lalai dan menuruti hawa nafsunya, kebinasaanlah baginya. Kita berlindung kepada Allah Amin.


Kerusakan yang disebabkan perbuatan zina


Kerusakan yang ditimbulkan oleh perbuatan zina adalah termasuk kerusakan yang sangat berat. Diantaranya adalah merusak tatanan masyarakat, baik dalam hal nasab (keturunan) maupun penjagaan kehormatan, dan menyebabkan permusuhan diantara sesama manusia.


Al Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak mengetahui dosa besar apa lagi yang lebih besar setelah membunuh jiwa selain dari pada dosa zina.” Kemudian beliau v menyebutkan ayat ke-68 sampai ayat ke-70 dari surat Al Furqan. (Lihat Al-Jawab Al-Kafi, hal 207)


Nasehat untuk kaum muslimin


Para pembaca yang kami muliakan, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati seorang hamba, itu semua akan dimintai pertanggungjawaban di hari kiamat kelak. Yang pada hari itu anggota badan seorang hamba; tangan, kaki, dan kulit akan menjadi saksi atas apa yang telah mereka perbuat. Manusia adalah tempat kesalahan dan dosa. Semua anak cucu Adam pernah berbuat kesalahan. Sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang paling cepat bertaubat.


Tolak ukur kebaikan seorang hamba bukanlah terletak pada pernah atau tidaknya dia berbuat kemaksiatan. Akan tetapi yang menjadi tolak ukur adalah orang yang segera bertaubat manakala berbuat kemaksiatan, serta tidak terus menerus berada dalam kubangan kemaksiatan.


Segeralah bertaubat, wahai hamba-hamba Allah, sebelum ajal menjemputmu! Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka Itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (An-Nisaa’: 17-18)


karya>>>sahabat seperjuangan di Facebook