Assalamualaikum..
pembaca sekalian, harini ana ada entry yg hendak ditulis. Apa yg ingin ditulis? Berkenaan suatu kisah benar..yg diolah menjadi kisah yg menarik.
Ada seorang gadis ini. Namanya Lia(bukan nama sebenar). Dia seoarang yg amat menitikberatkn soal solat. Dia menitikberatkn solat di awal waktu.
Suatu hari, ibu Lia menyuruhnya memasak nasi. Jam kira-kira 1.20 tengah hari.Ibunya meminta dia memasak nasi untuk makan tengah hari. Pada saat itu,Lia sudah berwuduk dan dalam keadaan bersedia untuk menunaikan solat Zuhur. Namun, suruhan ibunya menghalangnya. Dia sedih.
Ketika,dia mengambil berasuntuk masak nasi,air matanya menitis. Laju. Dia sedih.
Ibunya datang menjenguk ke dapur. Dilihatnya anaknya menangis. Dia mengeluh. "Bertuah punya budak. Sampai nak letak nasi pun sakit sampai menangis-nangis. Nak jadi apa lah anak mak ni.. Nak tolong mak pun susah ka,Lia?" Ibunya berleter kerana disangkanya anak daranya itu menangis sebab dalam keadaan kemalasan untuk membantu membuat kerja dapur. Sedangkan hakikatnya..
"Mak,Lia bukan nangis sebab mak suruh Lia buat kerja. Bukan Lia tak mau tolong mak. Lia nak.. Lia menangis sebab..sebelum ni, selepas Lia amik wuduk,Lia tak pernah buat kerja lain melainkan terus solat. Mak,izinkan Lia solat dulu.Lia janji sekiranya Allah takdirkan Lia masih hidup sebentar lagi,Lia akan tanak nasi untuk makan tengah hari. Boleh,mak?" Merayu-rayu si anak di hadapan ibunya sambil teresak-esak.
Ibunya terharu melihat sikap anaknya yg amat menitikberatkan tentang solat. Dia mengizinkan anaknya untuk solat. "Ibu apakah aku ni,sehingga tak tau apa yg ada di hati anakku. Sebaliknya berprasangka terhadapnya. Ya Allah.Astaghfirullahal adzim..."
Suatu hari, Lia dan ibunya hendak ke suatu destinasi menaiki LRT. Ketika itu,persiapan semua sudah disiapkan. Cuma tuggu saat LRT tiba. Seminit sebelum LRT tiba, azan berkumandang menandakan masuknya waktu Asar. Lia mengajak ibunya solat dahulu. "Mak,jom solat dulu? Surau kat tepi tu ja..Jom,mak?" Ajak Lia sambil menunjukkan ke arah suatu sudut ke arah surau. "Lia,LRT nak sampai dah. Lagi berapa saat ja. Tunggu la sat. Kita naik LRT dulu. Bila sampai nanti, kita solatlah nak." Lia menjawab. "Kenapa mak?Mak ada masalah ka untuk solat?" "Tak..takda. Mak bersih ja." "Jom,mak solat dulu." " Lia..LRT nak sampai dah. Kita naik la LRT dulu,ya nak? Bila sampai rumah nanti,kita solatlah." Dengan tenang Lia menjawab.. "Mak,mak yakinkah kita akan sampai rumah dan dapat tunaikan solat? Mak yakinkah kita akan hidup lagi saat LRT ni bergerak? Mak pastikah kita akan sampai ke rumah? Kalau Allah izinkan kita mati di saat LRT ni bergerak macam mana? Biarlah mak. LRT tu ada bnyk. X pun..kita naik bas ja. Mak jangan risau. Allah kan ada?X baik mak,lewat-lewatkan solat. Jom mak,kita solat dulu?"
Betapa Lia menitikberatkan solat di awal waktu. Kita plak,macam mana? Renung2kn..
Ekceli x ramai yg tahu apa kelebihan solat di awal waktu. Solat still solat. ok apa dari yg tinggal solat. Sekurang-kurangnya solat gak kan?
Apa ana boleh cakap.."Rugi..rugi orang yg solat lewat mahupun tinggal solat.Rugi.."
Sebab apa rugi plak?Sebab..sahabat x nmpak kelebihan dia. Ok!Mehh,ana bgi cntoh..
Ana jemput sahabat datang ke kenduri perkahwinan ana(contoh)..Tempoh majlis tu dari pkul 12 tghari sampai pukul 5 petang...Sahabat datang pukul 4.45 petang,masih dalam waktu yang ditetapkan cuma lambat. Lepas 2,sahabat nk makan. Sahabat tgk nasi tinggal sikit,lauk pun nk hbis dh..ayam tinggal tulang..Sahabat jumpa ana,tuan rumah n tnya "Saya datang dari jauh,knp tinggal bnyk ni ja?Saya datang penat2 nk tgk kamu kahwin.". Saya akn ckp.."Itulah..Kenapa x datang awal2?Awal2 tadi ada laa..Ada aiskrim lagi.Sekarang semua dh pakat datang,dh makan..Habis laa.."
Haaa!!!Nampak x? Nampak x kat mana kita rugi?? Sahabat datang awal,sahabat dapat lebih. Sahabat cuma datang lewat..dh rugi..nmpak x?
Begitu juga solat. Kita solat still solat. Cuma lambat. Bila waktu seterusnya nak masuk baru kalut nk solat. x kah rugi?Kita x nmpak keuntungan yg kita dpt kalau kita solat awal waktu. Kita x nmpak kerugian kalau kita x solat awal waktu. Sahabat,Allah panggil kita melalui azan. Kita kena bangun,kita kena sahut panggilan Allah. Jangan lambat2kn.
Itu contoh yg dpt ana bgi. Ana pernah tnya pd shbat fillah ana ttg ni.
Ini pandangannya.."X salah & x dosa kalau solat lewat. Cuma ia akn melemahkan iman kita. Solat ini ibarat hutang. Allah pnggil ja melalui azan,terus kita langsaikan hutang tu dgn mendirikn solat di awal waktu. Kalau,lambat-lambatkan,hutang tu akan Allah tambahkn dgn interest(bunga). Maksud bunga tu kat sini ialah,kita akan merasa masa itu singkat dan semakin sempit. Apa-apa kerja yg kita lakukan serba x menjadi. Sebab Allah dh pnggil,tp kita x nk datang. Jadi,Allah tambahkn bunga. Kesimpulannya,jangan lewat-lewatkan solat."
Sesetengah manusia bnyk yg suka lewat2kn> "Sat..sat..lg 5 minit." Adakah sahabat yakin sahabat akan hidup lg 5 minit?Ingat,perkara yg baik jgn ditangguh-tangguhkn.
Ana ada seorang adik lelaki belum akhil baligh,tapi sudah berusia 11 tahun. Ana pernah kata kat dia bila ajak dia solat. "Bangun sebagai seorang Islam,pi solat. Jangan bangun sebagai saudara syaitan yg bersikap malas. Jangan bila Allah tarik nyawa nanti,x sempat nk bertaubat...Nauzubillah." (Bukanlah doa untuk dia,tetapi sebagai amaran untk mengajarnya solat.)
Sahabat,x rugi sahabat solat awal waktu. Berkorbanlah demi Allah,besar ganjarannya..
LEBIH BAIK KITA TINGGALKAN SESUATU DEMI ALLAH,JANGAN KITA TINGGALKAN ALLAH DEMI SESUATU.
RENUNG-RENUNGKAN..^_^
No comments:
Post a Comment