Pages

Abu Lubabah

Abu Lubabah memohon keizinan drpd Rasulallah s.a.w berjumpa Yahudi Bani Quraizah yg sdg dikepung oleh Rasulallah dan para sahabat. Dia disambut dgn tangisan wanita yahudi dan kanak2. Apabila mendengar rintihan dan tangisan mereka hatinya menjadi lembut. Pemimpin yahudi mengambil kesempatan ini utk mengetahui rahsia tentang tindakan Rasulallah terhdp mereka yg tlah melanggar perjanjian. Mereka bertanya "Adakah kami akn dihalau seperti yahudi Bani Khoinukag dan Bani al-annathir? Abu Lubabah tidak berkata apa2 apabila mendengar soalan i2. Dia hanya mengisyaratkn dgn tangan kelehernya yg bermaksud "bunuh" atau "perang". Beberapa detik selepas kejadian i2 Abu Lubabah menyedari kesalahannya membuka rahsia tentera Islam. Beliau malu kpd Allah dan Rasulallah serta umat Islam. Abu Lubabah msuk ke masjid Nabawi dan mengikat drinya ditiang masjid. Sambil menangis dia berkata " Saya tlah mengkianati Allah dan Rasulallah." Beliau tidak akn membuka ikatannya sehingga Allah mengampunkn dosanya. isteri dan anak-anaknya membuka ikatan apabila msuk waktu solat kemudian dia mengikat drinya semula. setelah enam hari berlalu, Rasulullah SAW menerima wahyu yang menjelaskan bahawa Allah SWT mengampunkn dosa Abu Lubabah. isteri Rasulullah yang bernama Ummu Salamah memberitahu kepada sahabat berita gembira itu. para sahabat mengucapkan tahniah dan cuba membuka ikatan Abu Lubabah. Abu Lubabah tidak membenarkan mereka membuka ikatan tersebut dan berkata " biarlah Rasulullah yang membuka ikatanku dengan tangannya yang mulia." apabila msuk waktu Subuh, Rasulullah SAW msuk ke msjid dan membuka ikatan serta menyampaikan berita gembira, pengampunan Allah terhadapnya.


Rasulullah pun membaca ayat berikut :

وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 



Maksudnya:.......dan segolongan lagi mengaku dosa yang mereka lakukan, mereka mencampur amalan yang baik dengan amalan yang berdosa, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment