Pages

Ketakutan Hazrat Hanzalah r.a Terhadap Kemunafikan

Pada suatu ketika, kami berada dalam majlis Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam . Baginda Shallallahu Alaihi Wa Sallam telah menyampaikan khutbah yang telah menyebabkan hati - hati menjadi lembut dan air mata kami berlinangan. Kami juga telah mengenali hakikat diri yang sebenarnya. Setelah meninggalkan majlis nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam saya telah pulang ke rumah. Anak dan isteri saya telah dtg kepada saya dan bermulalah sedikit perbincangan tentang dunia. Saya mula bercakap dan bergelak ketawa bersama anak - anak. Saya pun bergurau dgn isteri, keadaan diri saya semasa berada di majlis nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam tadi mula hilang. Dengan tiba - tiba saya terfikir, "Apakah keadaan diri saya sebentar tadi dan sekarang apakah yang telah berlaku?" .




Saya telah berkata dalam hati, "Kamu telah muunafik. Pada zahirnya di hadapan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam keadaan kamu berlainan dan apabila pulang sahaja ke rumah, keadaan telah berubah menjadi begini."


Ini menyebabkan saya tersangat sedih lalu keluar dari rumah sambil berkata, " Wahai hanzalah , kamu telah menjadi munafik. "


Hazrat Abu Bakar Ra Diyallahu'anhu sedang datang dari arah hadapan. Saya memberitahu beliau, " Hanzalah telah menjadi munafik."


Setelah beliau mendengar kata - kata tersebut beliau terus berkata, "Subhanallah! Apa yang kamu kata ? Sekali kali tidak akan berlaku demikian."


Saya telah menerangkan kepada beliau , "Sewaktu kita berada dalam majlis Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam apabila baginda menceritakan keadaan syurga dan neraka , terasa seolah - olah kedua - dua tempat itu berada di hadapan kita. Apabila keluar dari majlis Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam dan pulang ke rumah kita sibuk dengan urusan anak, isteri dan harta sehingga kita lupa akan perkara itu. "


Hazrat Abu Bakar Ra Diyallahu'anhu pun berkata ,"Ini juga berlaku kepada kami sekerluarga." Oleh sebab itu, kami berdua pergi berjumpa Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam. Tiba di sana, saya telah berkata, "Wahai Rasulullah, saya telah menjadi munafik."


Baginda Shallallahu Alaihi Wa Sallam bertanya ,"Apakah yang telah berlaku?" Saya pun menerangkan,"sewaktu kami berada dalam majlis tuan dan tuan menceritakan tentang surga dan neraka maka kami terasa seolah-olah kedua-dua tempat itu berada di hadapan kami.apabila kami meninggalkan majlis tuan lalu sibuk bersama isteri serta urusan rumah tangga maka keadaan itu terus dilupakan."


Baginda Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, " Demi zat dan jiwa dalam gemggamanNya , sekiranya setiap waktu keadaan kamu sama seperti ketika berada di hadapanku maka para malaikat akan bersalaman dengan kamu walaupun di atas hamparan tidur dan sewaktu dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, wahai Hanzalah, keadaan itu jarang - jarang sekali berlaku. "
(Ihya' - 'Ulumuddin)




Ibrahim An-Nakha’i berkata : “Perkataan dan perbuatan saya tidak pernah bertentangan, kerana saya takut menjadi seorang pembohong.”


Ibnu Abi Mulaikah berkata : “Aku mengetahui 30 orang sahabat Rasulullah saw yang takut akan kemunafikan dirinya. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang mengatakan bahawa iman mereka serupa dengan iman Jibril dan Mikail.”


Kemudian disebutkan dari Hasan : “Hanya orang yang beriman yang takut akan kemunafikan, dan hanya orang munafik yang selalu dalam kemunafikan.”


Hanya taubat yang dapat mengingatkan orang munafik dari perbuatan maksiat dan kemunafikan. Allah SWT berfirman : ‘Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.” (Al-i-‘Imran : ayat 135)


karya>>>sahabat seperjuangan di Facebook

No comments:

Post a Comment