Pages

AYUHH, UMAT ISLAM KITA BERSATU-PADU!!!

Seorang tua sedang terlantar sakit.Lalu beliau memanggil anak-anaknya. Ketiga-tiga anak lelakinya datang.Tujuan beliau memanggil ana-anaknya itu adalah untuk memberi wasiat.
Tiba-tiba, beliau menyuruh anak-anaknya itu, mengambil kayu.Kemudian,mereka mencari kayu.Setelah itu,mereka disuruh mematahkan sebatang kayu.Dengan jayanya,kayu itu dapat dipatahkan.
Kemudian, mereka disuruh membuat seberkas kayu dan mematahkannya. Namun, mereka bertiga gagal mematahkannya.
Mereka tetap disuruh mematakan kayu itu,tetapi mereka tidak juga berjaya. Akhirnya mereka mengalah.Mereka kecewa.
Org tua itu berpesan kepada anak-anaknya itu agar bersatu padu seperti seberkas kayu tadi.Kerana dengan bersatu padu, mereka akan menjadi kuat, dihormati dan mendapat keberkatan.
Mereka terdiam.Mereka kini faham erti sebenar yang dimaksudkan oleh ayah mereka.Mereka berjanji akan bersatu padu. 
Kini, mereka lebih faham bahawa apabila mereka bersatu padu mereka akan kuat, manakala apabila mereka sendirian mereka akan berpecah belah.

p/s>Marilah umat Islam kita bersatu agar kita dpat menegakkan kebenaran. Jangan kita gentar, Jgn kita takut kerana kita punya Allah. Usah kita berpatah balik. Ayuh, kita maju menegakkan Agama Islam, agama Allah..!! Jgn biarkan umat Islam berpecah-belah..!AYUH.BANGKIT UMAT ISLAM..BANGKIT!!TEGAKKAN AGAMA INI KERANA ALLAH S.W.T!!!SUBHANALLAH!!!TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!





No comments:

Post a Comment