Pages

DON'T MARAHH...MARAHH!!!



Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-A'raf,ayat 200 :
' Dan jika kmu ditimpa satu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ' 

Rasulullah S.A.W mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya, ' Jangan marah, jangan marah, jangan marah'

Satu hari terdapat seorang lelaki yang sedang marah di hadapan Rasulullah S.A.W. lalu Rasulullah S.A.W. menyuruhnya mengucapkan isti'azah

'Sesungguhnya orang-orang yang keresahan, kesedihan, emosi, dan amrah di dalam hati, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Diantara penawar tersebut adalah
1. Berusaha menghilangkan perasaan marah
dan orang-orang yang menahan amarahnya (Al-Imran:134)

dan apabila mereka marah, mereka memberi ampun (As-Syura:37)

2. Berwudhu' .Marah adalah bara api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Rasulullah S.A.W bersabda: Bersuci adalah sebahagian daripada iman.'

Juga sabdanya, 'wudhu' itu adalah senjata orang mu'min'

3. Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah dia berbaring.

4. Jika sedang marah, hendakalah dia diam dan jangan berbicara.

5. Sebolehnya, mengingat akan ganjaran yang didapati bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

SUMBER : LA TAHZAN (karya Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni.)

p/s: jangan marah-marah ya ... :D jangan biarkan syaitan bertepuk tangan gembira dengan sebab dapat menyalakan nafsu amarah di dalam diri. Api tidak boleh dibalas dengan api. tetapi mesti dibalas dengan air. Mengalah tak semestinya kalah. Banyakkan bersabar banyakkan beristighfar. apa-apapun muhasabah balik sebelum melakukan sesuatu..tepuk dada tanya iman. ^_^

"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: ' Aku bersama hambaKu selagi mana ia mendekatiku dan kedua-dua bibirnya bergerak(utk berzikir)"

~♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕


No comments:

Post a Comment