Suatu hari, semasa Ali memberi syarahan dalm suatu majlis ilmu datang 10 orang lelaki yg hendak menguji kehebatan ilmunya.
"Wahai Ali benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali pintunya??"tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"Memang benar..." jawab khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki kedua bertanya, "Wahai Ali, mnakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta??"
"Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta"jawab Ali.
"Apa dalilnya wahai Ali ?"tanya lelaki itu lagi.
"Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain."jawab Ali
Lelaki ketiga pula bertanya, "Wahai Ali manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Tentulah ilmu lebih baik daripada harta." Ali menjawab tanpa marah.
"Apa dalilnya??"
"Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kmu yang menjaganya." jawab khalifah Ali.
Lelaki keempat pula bertanya, "Wahai Ali manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?Apa dalilnya?"
Maka dijawab oleh khalifah Ali "Wahai saudaraku, orang yang mepunyai harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang mempunyai ilmu mendapat ramai kawan.
Lelaki kelima bertanya soalan yang sama.Lalu Ali menjawab,"Wahai sudarakau, harta itu apbila dibelanjakan ia akan kurang, tetapi ilmu jika diamalkan akan bertambah."
Lelaki keenam juga bertanyakan soalan yang sama,Maka dijawab oleh Ali "Wahai saudaraku orang yang banyak harta, biasanya kedekut, dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati"
Khalifah Ali memandang orang yg ketujuh lalu berkata, "Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati".
Kepada lelaki ke lapan Khalifah Ali berkata.."Harta semakin lama disimpan ia semakin kurang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk."
Kemudian Khalifah Ali terus berkata...
"PEMILIK HARTA ITU AKAN BERKATA BAHAWA HARTA ITU MILIKNYA. TETAPI PEMILIK ILMU ITU AKAN BERKATA ILMU ITU MILIK ALLAH S.W.T"
Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga Khalifah Ali itu beredar. Orang ramai berasa kagum dgn Khalifah Ali.
"Sekiranya 100 orang yg datang bertanya satu soalan yg sama aku boleh memberi 100 jawapan yg berbeza,"kata Kalifah Ali Karamallahuwajhah.
Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:" Saya gedung ilmu dan Ali pintunya. Sesiapa yang hendak menuntut ilmu, maka masuklah melalui pintu itu. "
No comments:
Post a Comment