Pages

WaNitA beRdoSA...SemeNtaRa...

Kisah ini menceritakan seorang yg sngat berdosa yang hidup di zaman umat dahulu.Orang ini kemudiannya mendapat kemuliaan luar biasa dari Allah kerana sedia bertaubat.
Dia antara dosa besar yg sngat dimurkai Allh adalah perbuatan zina.Para Nabi dan Rasul juga murka kpd org-org yg melakukan perbuatan keji itu. Alkisahnya, pada umat terdahulu ada seorg perempuan yg menjadikn zina itu sebagai pekerjaannya.Dia mendapatkn wang dgn melacurkan dirinya. Dia sngat terkenal dgn kecantikannya yg menawan dan ini membuatkannya masyur di banyak daerah. Ramai lelaki yg tergila-gila padanya dan ingin menikmati kecantikannya itu. Di waktu yg sama ada seorg pemuda yg rajin beribadah yg juga telah mendengar tentang pesona perempuan itu dan pemuda itu juga tertarik kepadanya. Pemuda itu juga berangan-angan ingin memilik kecantikan perempuan itu.Kerana bayaran untuk perempuan itu sngat mahal, pemuda itu bekerja siang dan malam demi mendapatkn wang agar nanti dapat membayar perempuan itu. Setelah berhari- hari-, berminggu- minggu, berbulan- bulan, akhirnya pemuda itu mendapatkn wang yg cukup bnyak. Wang yg cukup utk membayar kecantikan perempuan itu. Pemuda itu lalu pergi menemui perempuan itu.Tentu shj perempuan itu gembira ketika didatangi pemuda yg tampan apatah lagi diketahuinya pemuda itu rajin beribadah. Dia merasa bangga dgn kecantikan mampu mengalahkan kezuhudan dan keteguhan iman seorang pemuda yg rajin beribadah. Dia menyambut pemuda itu dengan sebaik- baik sambutan. Ketika mereka berdua sudah berada di ruangan nyaman, dan jendela telah ditutup dan pintu telah dikunci rapat dan pemuda itu boleh melakukan apa shj kepada perempuan itu tiba-tiba, pemuda itu teringat akan Allah.
Pemuda itu teringat akan Allah. Pemuda itu teringat bahawa Allah sedang melihanya. Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yg sedang & akan dilakukannya. Wajahnya tiba-tiba menjadi pucat. Dia sngt takut kpd Allah S.W.T. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu sngat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman. Maka perempuan itu pun berusaha untuk menenangkan pemuda tersebut.
Tetapi sebaliknya, pemuda itu malah menjadi semakin pucat, tubuhnya menggigil dn bergetar hebat. Dengan tergagap-gagap pemuda itu memandang perempuan itu,lalu berkata...
"Di kantung ini ada ratusan dinar, yg aku kumpulkan dgn bekerja bermati-matian selama berbulan-bulan.Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirmu. Kini aku sudah ada di hadapanmu. Kalau aku mahu aku boleh mendapatkan apa shj yg aku inginkn selama ini.. Akan tetapi, jika aku mealakukannya maka Allah akan murka kepadaku, dan Allah pasti akan menyediakan neraka yg menyala-nyala untukku. Aku takut kepada Allah. Aku tidak mahu kenikmatan sesaat yg tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga Allah nanti. Nah, ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum Allah murka & mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah."
Pemuda itu meletakkn kantung wangnya di hadapan perempuan jelita itu, lalu melangkah ke pintu. Perempuan itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub dgn sikap pemuda itu dan apa yg telah didengarnya. Selama ini tidak ada lelaki yg dapat mengawal kesedarannya jika sudah berdua-duaan dgn dirinya. Tetapi sebaliknya, pemuda itu dapat berkata-kata seyakin itu. Perasaaan takut pemuda itu kepada Allah mengalahkan segala sihir pesona kecantikan yg dimilikinya seolah-olahh dirinya sama sekali tidak ada harganya di mata pemuda itu.
Pemuda itu meninggalkan tempat itu dengan air mata yg berguguran. Dia menangis takut kpd Allah. Pemuda itu malu kepada dirinya sendiri lalu meninggalkn kota itu dan ke kampung asalnya.Di kampungnya, siang dan malam beribadah, kerana telah melakukan dosa besar meskipun belum sampai ke tahap melakukan zina. Tetapi dia tetap merasakan yg dia telah melakukan dosa yg sngat besar, sbb dia telah mendekati zina. Bahkan dia juga sempat berazam utk berzina dgn pelacur cantik itu sehingga bertekad bekerja berbulan-bulan lamanya demi mendpatkan wang agar dapat berzina dgn perempuan itu. Pemuda itu terus menangis penuh penyesalan. Dia beribadah sebanyak-bnyaknya kerana ingin menebus dan menghapuskan dosanya.
Sejak kejadian itu, perempuan itu menjadi sedar bahawa selama ini dia telah melakukan dosa besar yg dimurkai Allah S.W.T. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya akan Allah yg memurkai org-org yg berbuat maksiat. Pemuda itu telah menyedarkan dirinya bahawa ada neraka yg disediakan untuk org-org yg menentang Allah. Pemuda itu telah menyedarkannya bahawa ada kehidupan yg sebenarnya setelah kehidupan di dunia ini. Semenjak itu, perempuan itu bertaubat dan menangis siang dan malam kpd Allah. Lantas dia berazam & menanam tekad untuk mencari pemuda itu. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suami yg akan membimbingnya beribadah kpd Allah S.W.T. Berbulan-bulan dia mencari pemuda itu, tetapi tidak juga ditemuinya. Setelah berapa lama, dia mendapat tahu bahawa pemuda itu telah pulang ke kampungnya. Perempuan itu terus menyusulnya. Alangkah sedihnya perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah. Dia dibeirtahu bahawa pemuda tersebut meninggal dunia dalam keadaan menangis dan beribadah kepada Allah S.W.T.
Pemuda itu memiliki saudara yg juga rajin beribadah. Perempuan bekas pelacur yg kini telah rajin beribadah juga akhirnya bernikah dgn saudara pemuda tadi. Perempuan itu telah bertaubat dgn sebenar-benar taubat. Taubat yg mampu membuat pintu langit terbuka untuk doa dan zikirnya .Dari pernikahan dgn ahli ibadah itu, perempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak-anak yg semua diangkat Allah menjadi Nabi. Dari rahim perempuan itu, yg kini berisi kalimat-kalimat thayyibah telah melahirkan manusia-manusia mulia yg dipilih Allah sebagai nabiNya.


Setiap manusia pasti pernah melakukan dosa, , baik dosa kecil mahupun dosa besar, kecuali para Nabi dan Rasul yg sudah pasti dijaga oleh Allah dari segala dosa dan kesalahan. Jalan terbaik bagi org-org yg melakukan dosa ialah bertaubat, memohon ampun kpd ALlah S.W.T. Orang yg mahu bertaubat dgn sebenar-benar taubat adalah mnusia yg yg dipilih & dikasihi oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment