Pages

Kisah Amru Bin Jumuh...

Amru bin Jumuh adalah seorg muslim berkaki pincang yg hidup pada zaman Nabi Muhammad. Beliau pernah berdoa , “Ya Allah, jangan kembalikan aku kepada keluargaku tetapi berikanlah kematian syahid kepadaku.” Pada waktu itu, Amru sedang bersedia untuk berangkat ke medan perang Uhud bersama 4 orang anak lelakinya . dan kaum muslimin yg lain. Sebenarnya Allah menyatakan dalam Surah Al-Fath, ayat 17.
“Tidak berdosa bagi org-org yg buta dan org-org yg pincang serta org yg sakit sekiranya mereka tidak ikut berperang. Barangsiapa taat kepada Allah dan rasulnya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai. Sebaliknya, barangsiapa yg berpaling daripada Allah dan rasulnya, nescaya mereka mendapat azab yg pedih.”
Ayat di atas menerangkan, tidaklah wajib bagi Amru namun beliau tetap mahu ikut kaum muslimin yg lain menentang org-org kafir dalam perang Uhud. Apakah yg menjadi landasan Amru dalam hal itu? Amru dgn tegas berkata kpd org-org yg melarangnya pergi berperang, “Mereka semua duduk hendak pergi ke syurga apakah hanya duduk-duduk di sini? “Demikianlah Amru tetap bertegas hendak ikut berperang kerana keimanan dan ketakwaannya yg mendalam meskipun beliau dilarang.


Sebelum berangkat ke medan perang, Amru berjumpa dgn Nabi Muhammad S.A.W. dan berkata, “Wahai Raulullah, kaumku mencegahku pergi berperang bersamamu tetapi demi Allah, saya ingin menginjak syurga dgn kakiku yg pincang ini.” Nabi berkata, “Engkau dimaafkan kerana berperang tidak wajib bagimu.”
Namun demikian, Amru tetap bertekad dan bersemangat hendak menyertai Nabi di medan perang sehingga Nabi akhirnya member keizinan. Malah, Nabi memohon Allah mengabulkan permintaannya, gugur syahid sebagai syuhada.


Keesokan harinya, Amru pun berangkat ke medan pertempuran bersama empat puteranya yg gagah perkasa dan kaum muslimin yg lain. Sungguhpun kakinya pincang tetapi Amru berada di barisan hadapan sekali dan bersiap sedia menyerang musuh. Beliau sama sekali tidak gentar menghadapi org-org kafir. Ternyat Allah mengabulkan doanya dan beliau gugur dalam perang Uhud sebagai syuhada.Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Mekah dari perang Uhud, Aisyah bertemu dgn Hindun , isteri Amru bin Jumuh yg sedang membawa beberapa jenazah suaminya, puteranya dan saudaranya di atas unta. Beliau ingin mengubrkan merka di Madinah. Namun, Hindun kehairanan kerana unta itu seolah-olah enggan menuju ke kota Madinah. Ia kerap berhenti & mahu berpatah balik ke Uhud. . Akhirnya, unta itu jatuh seakan-akan tidak berdaya membawa bebanannya. Melihat kejadian itu, Hindun bertemu Nabi dan memohon nasihat baginda.
Nabi diam sejenak dan kemudian bertanya, “pernahkah suamimu berkata apa-apa sebelum beliau berangkat ke perang?” Hindun menjawab, ”Saya mendengar beliau berdoa,’ Ya Allah, jangan kembalikan aku kepada keluargaku tetapi berikanlah kematian syahid kepadaku.’ ”
Mendengar jwpn Hindun itu, jelaslah persoalannya dan Nabi berkata. “Sesungguhnya Allah mengabulkan doa suamimu. Oleh sebab itulah, untamu tidak mahu berjalan ke Madinah. Allah tidak mahu mengembalikan jasadnya ke Madinah.”
Begitulah doa Amru bin Jumuh yg tergolong doa yg mustajab kerna keimanan dan ketakwaannya yg tinggi kpd Allah S.W.T. Nabi Muhammad sendiri memohon Allah mengabulkan permintaannya yg ingin gugur syahid sebagai syuhada di medan perang Uhud.
Selepas itu Nabi berkata, “Sesungguhnya di antara kamu ada org-org yg Allah kabulkan doanya apabila dia berdoa kpd Allah. Di antara mereka adalah suamimu, Amru bin Jumuh.”
Nabi pun memerintahkan supaya ketiga-tiga jasad itu dikuburkan di Uhud. Kemudian Nabi berkata kpd Hindun, “Mereka kelak bertemu di syurga, Amru bin Jumuh, suamimu.Khulad, anakmu & Abdullah, saudaramu.”
Hindun berasa lega & bahagia mengenangkan suami, saudara dan puteranya gugur sebagai syuhada di medan perang. Ini kerana Allah berjanji memberikan balasan syurga kpd para syuhada. Dalam Islam, syuhada adalah golongan yg terhormat dan urutan golongan-golongan yg terhormat dalam Islam dimulakan dgn para Nabi, Rasul, siddiqin, syuhada, dan seterusnya org-org soleh.
Sebelum Hindun berangkat ke Uhud bagi menguburkan jenazah suami, saudara & puteranya, beliau memohon drpd Rasulullah. “Ya Rasulullah, doakan supaya Allah mengumpulkan aku bersama mereka.”



No comments:

Post a Comment