Pages

Mutiara Pilihan...^_^



Barangsiapa yang tidak menemukan keteteraman bersama Allah ketika bersama dengan orang lain dan menemukan ketika sendirian, maka dia adalah orang yang benar tapi lemah.


Barangsiapa menemukan ketenteraman ketika bersama orang lain dan tidak menemukannya ketika sendirian, maka dia adalah pesakit.


Barangsiapa tidak menemukan ketenteraman, sama ada ketika bersama orang lain mahupun sendirian, maka dia bagaikan mayat yang terbaring.


Barangsiapa yang menemukannya, sama ada ketika bersama oarng lain mahupun ketika sendirian, maka dia adalah pencinta Allah yang kukuh.


Barangsiapa yang pintu hatinya terbuka ketika bersendirian, maka darjatnya tidak akan naik, kecuali ketika dia sedang sendirian.


Barangsiapa pintu hatinya terbuka ketika bersama orang lain, menasihati mereka dan memberikan nasihat kepada mereka, maka darjatnya tidak akan naik, kecuali ketika bersama mereka.


Barangsiapa pintu hatinya terbuka ketika menerima seluruh ketentuan Allah dan bagaimanapun kehendak-Nya, maka darjatnya naik ketika bersama manusia mahupun ketika sedang sendirian.


Keadaan yang paling mulia adalah jika anda tidak memilih keadaan untuk diri anda sendiri, kecuali apa yang telah dipilihkan Allah untuk anda dan Dia menempatkan anda padanya, maka hendaklah anda bersama kehendak-Nya terhadap anda dan tidak bersama kehendak anda terhadap-Nya.


Lentera hati yang suci berada di panggkal fitrah dan terang benderang sebelum ada syariat. Minyaknya bersinar, walaupun minyaknya tidak tersentuh oleh api.


Quss mengesakan Allah, padahal dia tidak pernah melihat Nabi saw, sedangkan Putera Ubay kafir, walaupun dia pernah solat dengan Nabi saw di masjid.


Banyak sekali tuangan tanpa air dan banyak sekali manusia kehausan di tengah lautan.


Telah ditakdirkan Allah, bahawa Musa menjadi Nabi dan Aisyah isteri Fir’aun beriman. Maka kotak yang berisi Musa digiring menuju rumah Aisyah, maka seorang anak yang sendirian datang kepada seorang ibu yang tidak beranak. Demi Allah, bertapa banyaknya hikmah yang dapat diambil dari kisah ini.


Banyak sekali bayi yang telah dibunuh Fir’aun untuk mencari Musa, sementara lidah takdir berkata : “ Kami tidak akan merawatmu, kecuali di dalam pangkuanmu.”


Zul Bijidian adalah seorang anak yatim piatu pada masa kecilnya. Ia diasuh oleh bapa saudaranya dan tiba-tiba hatinya tergerak untuk mengikuti Nabi. Ketika ingin bertemu dengan Nabi, tiba-tiba ia menderita sakit sehingga keinginannya gagal. Ia beristirehat untuk bapa saudaranya, dan ketika dia telah sembuh, iapun tidak sabar lagi dan hatinya berteriak :


Sampai bila engkau menahan diri
Setelah itu engkau mungkin mendapat jalan.


Lalu dia menyeru bapa saudaranya dan berkata : “Wahai bapa saudaraku, telah lama aku menunggu anda dan masuk Islam dan aku melihat anda tidak bersemangat.” Bapa saudaranya menjawab :”Demi Allah, jika kamu masuk Islam, aku akan menarik kembali semua yang aku berikan kepadamu.” Lidah kerinduannya berteriak : “Satu kali melihat Muhammad lebih baik bagiku daripada dunia dan seluruh isinya.


Seandainya Majnun ditanya apakah kamu memilih dunia
Atau bersatu dengan Laila kekasihmu
Nescaya dia menjawab, debu daripada sandal Laila
Lebih aku sukai dan menghilangkan duka Laila.


Ketika Zul Bijadain hendak menemui Nabi, bapa saudaranya melucuti pakaian yang dipakainya dan ibunya menyerahkan sebuah selimut bergaris kepadanya. Zul Bijadian memootong selimut itu untuk perjalanan jauh menjadi dua. Yang satu untuk disarungkan dan yang satu untuk dijadikan rida’ (selendang). Ketika suara Jihad diserukan, Zul Bijadian berasa puas dengan tidak ikut berperang. Pencinta tidak berfikir jauhnya jarak, sebab maksud hati meringankannya.


Allah menjayakan cita-cita hamba yang dikehendaki-Nya
Dan orang yang ingin ke hutan lindung mendapat naungannya


Ketika Zul Bijadian meninggal dunia. Nabi mengalu-alaukan liang lahatnya seraya berdoa ; “Ya Allah, aku telah meredhai kepergiannya, maka redhailah ia.” Ibnu Mas’ud berkata : “Aduhai, seandainya aku ada di dalam kubur.”


Wahai orang-orang yang tidak mempunyai harapan, sesungguhnya bidak yang paling lambat langkahnya adalah kepingan, tetapi setelah sampai puncak makal ia akan menjadi patih.


Sebahagian orang yang bijak melihat seekor kuda bukan Arab yang sedang diberi air minum, melalui dia berkata: "Jika haiwan itu dapat berjalan cepat, maka ia dipandu."


Hasrat yang kuat untuk menjalankan suluk akan dapat menepis segala rintangan yang menghalang. Iaitu rintangan yang menbezakan antara orang yang bersungguh-sungguh dan orang yang pura-pura. Jika anda mencebur ke dalamnya, maka akan berubah menjadi penolong yang akan menhantarkanmu kepada cita-cita.


karya>>>sahabat seperjuangan di laman Facebook

No comments:

Post a Comment