Aku bertanya pada diri sendiri.
“Dia itu siapa? Sahabat? Kawan? Atau siapa? Aku bertanya kembali.
“Dia adalah sahabat yang tidak boleh kuhampiri. Dia adalah seseorang yang telah dimiliki. Namun, aku masih ingin mengucapkan salam. Haruskah aku sampaikan salamku padanya?” aku bertanya lagi. “Haruskah? Kau sudah tahu siapa yang dimaksudkan dengan dia. Kau tahu batas dan sempadan. Adakah kau masih mahu menyampaikan salam padanya?” Diam. Hanya mampu tersenyum. Aku kemudian tunduk ke bumi seolah tidak berdaya. “Aku hanya mahu mengucapkan sepatah salam sahaja. Hanya sepatah. Tidak bolehkah?” Diam lagi.
Kemudian tersenyum. Pelik bukan? Bila bercakap soal dia, atau seseorang yang dianggap istimewa. Kita akan tersenyum. Unik bukan?” Sekalipun ada orang menyimpan duka , kesedihan, bahagia, atau kegembiraan. Mereka akan tetap tersenyum. Namun sudah pasti, senyuman itu menyimpan beribu makna. Hanya dia yang tahu. Entahlah, apabila menyebut soal cinta dan percintaan. Pasti menyelinap rasa mesra di hati. Sungguh ajaib kan?”
Ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup ini. Hanya sahabat yang tulus dan jujur akan meninggalkan jejaknya di sanubari. Untuk menguruskan diri sendiri, seseorang memerlukan mindanya. Tetapi, untuk mengurus orang lain, seseorang memerlukan hatinya. Hanya sesuatu yang lahir dari hati akan jatuh ke hati. Benarkan?”
Semua orang boleh menghukum pada zahir, tetapi ukuran sebegitu selalunya tidak tepat. Ramai yang ditipu dan tertipu kerana fizikal. Akhirnya kecewa dan dikecewakan. Ingatlah, kebenaran akan tersingkap. Esok atau lusa, sekarang atau akan datang, kejujuran akan muncul juga di atas sekeping hati yang tulus. Lalu ia meninggalkan kesan yang abadi.
“Dia adalah seorang kawan?”. Ya, kami pernah bersahabat dan...”
“Dia khianati dirimu?”
“Tidak. Tidak mungkin dan mustahil dia berbuat begitu.”
“Dia pernah buat dirimu marah?”
“Diam...
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama manusia. Marah itu sekadar satu tanda bahawa diri ini mengambil berat terhadap apa yang dia lakukan. Mungkin dia pernah membuat diri ini marah. Tetapi dia tidak pernah mengkhianati. Lagipun, jika diri ini pernah dikhianati sekali... sudah pasti dia sudah disingkirkan. Hanya orang bodoh sahaja membiarkan dirinya dikhianati sebanyak dua kali.
“Dia tidak pernah mengkhianati diri ini.”
Entah! Aku tidak mampu hentikan rona di jiwa daripada memikirkan dia. Sedangkan manusia yang berjiwa besar itu akan memikirkan tentang idea baru. Manusia yang berjiwa sederhana akan memikirkan peristiwa seputarnya. Hanya orang yang berjiwa kerdil sahaja tidak mampu melepaskan dirinya daripada memikirkan tentang seseorang. Aduh! Adakah aku seorang yang berjiwa kecil?” Aku Cuma tidak dapat melupakannya, aku terasa kehilangan.
“Kehilangan?”
Aku teringat ada orang menyebut bahawa seseorang yang kehilangan harta, dia kehilangan sesuatu yang berharga. Jika dia kehilangan sahabat, dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Namun, jika dia kehilangan kepercayaan, maka dia kehilangan segalanya.
“Kau tidak kehilangannya. Percayalah!”
“Benar, aku tidak hilang kepercayaan padanya. Aku sangat teringin untuk menyapaikan sepatah salam. Supaya dia sedar bahawa aku masih mengharapkan kebaikan pada dirinya.”
“Jika kau percaya kepadanya, kenapa kau masih mahu mengucapkan salam? Berilah dia kepercayaan untuk dia meneruskan hidupnya sendiri. Usahlah kau terlalu bimbanng. Dia akan lebih bahagia jika dia tahu kau mempercayai-nya.”
“Begitukah?”
“Ya. Adakalanya untuk menyatakan sesuatu, tidak memerlukan sepatah kata. Dengan membiarkan ia berlalu, itu sudah menjadi bukti kepercayaan dirimu padanya.”
“Tapi...”
“Sudahlah, kadang-kadang ada baiknya kau mendimkan diri. Kerana sepatah yang kau ucapkan akan memberi impak yang berbeza. Bagaimana jika dia membencimu selepas ini? Atau dia membalas dengan kata-kata yang tidak kau jangkakan. Bagaimana jika itu berlaku? Pasti hatimu akan terguris bukan?”
“Jadi, kau suruh aku diam?”
“Ya. Diam itu lebih baik. Kerana aku tidak mahu kau terluka. Ada kalanya, apa yang kau rasa, kau lalui, lebih baik dirahsiakan. Kerana itu akan melindungi luka di hati daripada berdarah kembali.”
“Aduh, sukar juga.”
“Itulah. Kadang-kadang, agak sukar untuk membuatkan orang faham apa yang ada di jiwa kita. Memerlukan kata-kata dan bicara. Oleh itu, aku fikir lebih elok jika disimpan sahaja. Kerana diam itu lebih baik daripada membuatkan orang tersalah memahami apa yang ada di hati kita.”
“Jika aku sentisa diam, sampai bila jiwaku akan terbela? Rusuh di jiwaku, sampai bila orang akan sedar dan memahami? Pasti orang akan sering menyalahkan aku. Orang akan mengambil kesempatan denganku, kerana aku tidak pernah membela diri sendiri. Tambahan pula, dia tidak akan memahami keadaanku sampai bila-bila.”
“Adakah kau pernah melukainya?”
“Membuatkan dia terluka sebelum ini?”
“Atau kau sering menyokongnya?”
“Memberi semangat dan kekuatan padanya?”
“Tidak, aku tidak pernah berniat untuk melukainya. Malah aku sering cuba menjadi pendorongnya. Tapi, itu duhulu.......”
“Kau terlalu bimbang. Bertenanglah!
Jika kau benar-benar tulus. Benar-benar mempercainya. Pasti suatu hari nanti, dia akan menyedarinya. Tanpa perlu ucapan dan kata-kata. Kejujuran, adakalanya akan hadir tanpa penjelasan. Sejarah telah membuktikan. Kau tidak pernah mengecewakannya. Jadi, tidak perlu kau khuatir. Sekarang, berilah peluang untuk dia meneruskan hidupnya sendiri. Berjalan tanpa dipimpin oleh dirimu. Dia juga harus belajar hidup tanpa kau di sisi.”
“Hmm, aku sudah simpan salam ini hampir bertahun-tahun. Setiap kali aku teringin untuk mengucapkannya, kau akan datang menegurku. Akhirnya aku berakhir dengan sebuah senyuman.”
“Aku tahu, perasaan terlalu ingin berbicara dengannya. Ingin mengucapkan sesuatu padanya. Tapi, simpanlah salam itu. Namun, jangan putus memohon doa untuknya. Tanpa sepatah salam sekalipun dia akan mampu meneruskan hidup jika doamu mengiringinya.”
“Ya, aku sedar. Akan kusimpan salam ini memjadi doa. Percayalah, aku sentiasa yakin bahawa dia akan meneruskan hidup dengan baik. Aku percaya. Dan aku berdoa. Dia akan tabah dan berjaya.”
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan,
Bukan pada manisnya ucapan bibir,
Tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap teman dalam do’anya.
(Imam Al-Ghazali)
karya>>>sahabat seperjuangan di Facebook.
No comments:
Post a Comment