Inilah nasihat dari hati ke hati, dari hati yang penuh dengan kesedihan kerana fenomena permusuhan, perdebatan, celaan dan saling menghajr di antara para penuntut ilmu
Dari hati yang penuh dengan kepedihan kerana perpecahan, perselisihan dan pertikaian
Dari hati yang sakit kerana banyaknya orang yang ragu-ragu dan bimbang di dalam mencari kebenaran dan para penegaknya
Kepada hati yang memahami kata-kata ini
Kepada hati yang sentiasa berbaik sangka
Kepada hati yang merasa sakit terhadap fenomena yang menimpa para penuntut ilmu
Ini semuanya ... Bertujuan agar kita menyatukan barisan dan kalimat sesuai dengan bimbingan kitab Tuhan kita Azza wa Jalla dan Sunnah Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Salam serta Para Sahabat Ridlwanhullahu ‘alaihi ajma’in.....
Tentang Niat
Ali bin Fudhail berkata kepada ayahnya, "Wahai ayahku, betapa manisnya perkataan para Sahabat Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Salam."
Ayahnya berkata, "Wahai anakku, apakah kamu mengetahui apakah yang menyebabkan perkataan mereka menjadi manis?"
Ali menjawab, "Tidak wahai ayahku."
Ayahnya berkata, "Kerana dengan perkataan tersebut mereka menginginkan Allah."
Abdullah bin Muhammad bin Munazzil bercerita, bahawa Hamdun bin Ahmad pernah ditanya: "Kenapa perkataan salaf lebih bermanfaat daripada perkataan kita?"
Hamdun menjawab, "Kerana mereka bercakap demi kemuliaan Islam, kesematan jiwa-jiwa dan keredhaan ar-Rahman. Sedangkan kita bercakap demi kemuliaan diri sendiri, mencari dunia dan kemasyhuran di hadapan manusia. "
Tentang Nasihat Menasihati
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Agama itu nasihat", kami bertanya, "untuk siapa?", Rasulullah Shallallahu' alaihi wa Salam menjawab: "Untuk Allah, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin secara umum."
(HR Bukhari, no. 55).
"Wahai saudaraku, jika anda melihat kesalahan padaku , maka wajib bagimu untuk menegur kesalahanku tersebut. Jika hal itu salah, maka saya pasti akan bertaubat. Jika saya nilai teguranmu salah, nescaya saya akan menjelaskan yang benar ...
(Hendaklah si pemberi nasihat memperhatikan perkataan ini, kerana betapa banyak pemberi nasihat yang menyangka telah melakukan hal yang benar dalam nasihatnya. Sehingga apabila yang dinasihati tidak menerima nasihatnya, akan dia marah dan mengambil pelbagai sikap dan reaksi. Akan tetapi perlulah bagi orang yang dinasihati, menjelaskan kepada si pemberi nasihat sisi kebenaran yang ia yakini, dan tidak boleh meninggalkan si pemberi nasihat dengan tetap menyalahkannya. Kerana hal ini dapat menimbulkan perasaan tidak enak, benci dan permusuhan. Wajib bagi manusia untuk memahami tabiat dan keperibadian masing-masing, kerana mereka bukanlah malaikat, bukan nabi, maka daripada itu hendaklah mereka tidak menuntut agar tidak mendapati kesalahan dan kekhilafan saudara-saudara mereka, yang mana pada kenyataannya mereka akan mendapat begitu banyak kesalahan dan kekhilafan).
Kemudian wahai saudaraku, janganlah kamu sembunyikan apa yang anda lihat di dalam hatimu, padahal hal itu kamu nilai sebagai suatu kesalahan. Saya adalah seorang manusia yang boleh salah dan akan salah dan bersalah. Jika kamu tinggalkan, teguran, nescaya akan bertumpuk kesalahan-kesalahanku sampai menjadi suatu kebencian antara diriku dan dirimu, dan ini adalah perkara yang saya tidak menyukainya dan tidak menginginkannya."
Tentang menetapi Kejujuran
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Wajib atas kalian untuk berpegang teguh dengan kejujuran, kerana sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu akan membawa kepada syurga, dan seorang yang sentiasa jujur dan menetapi kejujuran, nescaya akan dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang amat jujur. Dan berhati-hatilah kamu dari berdusta, kerana sesungguhnya kedustaan itu akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan membawa kepada neraka, dan seorang yang sentiasa berdusta dan berpegang teguh dengan perkara yang dusta nescaya akan dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta."
(HR Muslim, no. 2607, 105 dan ini lafaznya dan juga oleh al-Bukhari no. 6094).
Allah berfirman :“Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Ia akan membinasakan kamu dengan azab seksa; dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa”.
(Thoha: ayat 61).
Allah berfirman : “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israa': ayat 36).
Tentang Hasad dan Pelakunya
Sangat disayangkan, ada di antara para penuntut ilmu syar'i yang mempunyai sifat hasad. Dan sangat disayangkan lagi, orang tersebut ketika dia berusaha menghilangkan nikmat dari orang yang dia hasad, dia menjadikan sifat hasadnya itu berkedok agama seolah-olah untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dengan tujuan agar nampak di hadapan masyarakat, bahawa tujuannya adalah demi menjaga dan melindungi Islam dan kaum muslimin.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Berhati-hatilah kalian dari berprasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta. Janganlah kamu saling berbuat najasy (Menaikkan harga kerana bukan ingin membeli, namun untuk menipu orang lain). Janganlah kamu saling berlaku hasad dan saling membenci dan mengunggulkan diri. Akan tetapi jadilah kamu hamba-hamba yang bersaudara."
(HR al-Bukhari).
Tentang Fitnah
Betapa banyak orang yang tenggelam di dalam fitnah, bahkan betapa ramai para pencetus fitnah!!! Allah Ta'ala berfirman: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.”
(Al-Anfaal: ayat 25)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari kembali kepada kekufuran (murtad) atau terfitnah dalam urusan agama kami."
(HR al-Bukhari no. 6593 dan Muslim, no. 2293).
Tentang Perpecahan dan Pertikaian
Allah Ta'ala berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”.
(Ali Imran: ayat 102-106)
Dan Allah berfirman: Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
(Al-An'am: ayat 159)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu berkata: "Perselisihan itu tercela dari dua sisi, kadang-kadang sebabnya adalah niat yang buruk kerana di dalam jiwanya ada kezaliman, hasad dan keinginan menjadi yang terkemuka di muka bumi dengan cara yang buruk atau yang semisal dengannya, maka hal ini akan menjadikan sentiasa mencela perkataan dan perbuatan orang lain, atau cuba mengalahkannya dengan tujuan tampil beda, atau senang terhadap perkataan yang sesuai dengannya, baik kerana senasab, semadzhab atau nepotisme dan yang seumpamanya. Disebabkan hal itu akan menjadikannya dihormati dan mendapatkan kepimpinan. Dan betapa banyaknya hal ini terjadi di antara bani Adam. Ini merupakan suatu kezaliman yang kadang-kadang juga sebabnya adalah kebodohan kedua-dua belah pihak yang berselisih tentang hakikat permasalahan yang mereka perselisihkan. Atau kebodohan tentang dalil yang boleh memuaskan pihak yang lain atau kebodohan salah satu pihak akan kebenaran yang ada di pihak lain, baik dari segi undang-undang atau dalilnya, atau tidak tahu siapa orangnya yang boleh menunjukkan kebenaran baik dari segi hukum mahupun dalilnya. "
Berusaha keras Untuk Memasukkan Manusia ke Dalam Manhaj Yang Benar, Bukan Malah Mengeluarkan Mereka Darinya
Wajib bagi para penuntut ilmu untuk berusaha keras memasukkan dan membimbing manusia agar masuk ke dalam manhaj yang benar, bukannya menjadikan mereka menjauh atau bahkan mengusir mereka dengan alasan demi menjaga manhaj dari orang-orang yang mempunyai syubhat-syubhat.
Subhanallah!!! Seakan-akan mereka telah bersih dari berbagai syubhat dan mencapai darjat para Malaikat dan Nabi.
Wahai pemilik propaganda ini, wajib bagi kamu membetulkan diri kamu terlebih dahulu (Hisablah dulu diri kamu sebelum kamu dihisab), dan jika kamu boleh memperbaiki kesalahan dan syubhat yang menimpa saudara-saudara kamu, maka lakukanlah tanpa menjadikan mereka keluar atau terusir. Jika kamu tidak boleh melakukan itu, maka tinggalkanlah mereka untuk dinasihati oleh orang-orang yang berpengaruh terhadap mereka dan mampu mengubati mereka dengan cara yang lebih baik dan lurus.
Menggelari Manusia Dengan Gelaran-Gelaran Khusus Bagi Ahli Bid'ah
Sayang sekali, sebahagian pemuda kita memilih kaedah menggelari manusia dengan gelaran-gelaran yang tidak sesuai, sehingga mereka akan lari menjauh.
Tindakan ini sangat mirip dengan orang-orang yang berpemikiran takfir (walaupun ada perbezaan tingkatan pemberian gelaran-gelaran buruk, kerana gelaran-gelaran yang digunakan para pemuda tersebut tidak sampai kepada pengkafiran. Adapun yang lain sampai kepada kafir.), anda akan dapati di antara mereka ada seseorang yang tidak duduk di dalam suatu majlis melainkan membicarakan masalah takfir, si A kafir, pro ini kafir, umat ini kafir dan seterusnya ... sampai-sampai ia menilai semua orang kafir kecuali dirinya dan orang-orang yang mendukungnya. (“Kami berlindung-kepada Allah-dari pemikiran ini”).
Begitulah para pemuda semoga Allah Azza wa Jalla memberi petunjuk kepada mereka-, mereka tidaklah duduk di suatu majlis melainkan mengatakan “ini termasuk ahlul bid'ah dan iniahlul ahwa”, yang ini sesat menyesatkan dan yang ini dianggap seperti mencela, dan ini ... sampai dia berpendapat tiada seorang pun yang berada di atas manhaj yang benar kecuali dirinya dan yang menyokongnya, sedangkan yang lain menyimpang dan sesat ... (Mereka biasa menuduh seseorang dengan tuduhan ahlul bid'ah dan iniahlul ahwa” dengan didasari oleh tuduhan belaka, ertinya bukti yang mereka kemukakan pada hakikatnya adalah dalih bukanlah dalil).
Allah Ta'ala berfirman: “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.
(An-Nuur: ayat 15-16).
karay>>>sahabat seperjuang di Facebook
No comments:
Post a Comment