
BEGINILAH CARA MENASIHATI SAUDARAMU.
Nasihat itu (wahai saudara) semoga Allah menjaga kalian semua, merupakan perkara yang agung. Nabi Shallallâhu 'alaihi wa Sallam bersabda:
الدين النصيحة, ثلاثا, قلنا لمن يا رسول الله? قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
"Agama itu adalah nasihat" sebanyak tiga kali. Kami (para sahabat) bertanya: "untuk siapa wahai Rasulullah?". Beliau menjawab: "Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin dan seluruh kaum muslimin"
Jadi, menasihati saudara-saudara kita, (adalah dengan) menyeru mereka kepada yang ma'ruf, melarang dari yang mungkar, mengajak mereka kepada kebaikan. Nabi Shallallâhu 'alaihi wa Sallam bersabda:
وأن تأتي الناس بمثل ما تحب أن يأتوك به
"Perlakukan seseorang sebagaimana anda ingin diperlakukan"
Kaedah ini-semoga Allah menjaga anda-, "Perlakukan seseorang sebagaimana anda ingin diperlakukan".
Bagaimana anda mahukan orang lain menasihati anda?
Bagaimana anda menginginkannya?
Bagaimana anda ingin dinasihati orang lain?
Adakah anda ingin dinasihati orang lain dengan kekerasan?
Dengan celaan?
Dengan pukulan?
Ataukah dengan cara yang baik?
ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة
"Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang baik, maka tiba-tiba orang yang mempunyai permusuhan di antaramu dengan dirinya ..."
Tidak diragukan lagi semoga Allah menjaga anda bahawa kita masih banyak sekali memiliki kekurangan dalam hal ini. Kita masih mempunyai kekurangan di dalam interaksi (mu'amalah) kita dengan bapa dan ibu kita. Kekurangan yang besar!
Demi Allah! Sesungguhnya ada sebahagian bapa dan ibu yang mengeluh anak-anak mereka. Mereka mengatakan: "aduhai sekiranya dia tidak menjadi anak yang multazim (komitmen terhadap syariat), kerana ketika dia belum multazim, dia berlaku sangat baik kepadaku daripada sekarang." Demi Allah, seperti inilah yang kita dengar dari sebahagian bapa dan ibu.
Demikian pula dengan interaksi kita terhadap ikhwan kita, saudara-saudara kandung kita, bapa dan ibu kita. Interaksi kita dengan jiran-jiran kita. Interaksi kita dengan isteri kita, suami kita ... Bahkan sampai-sampai, ada salah seorang di antara mereka berkata: "Jangan menikahi wanita solehah. Tidakkah kamu lihat bahawa dia telah menyebabkan rambutku beruban? "Na'udzubillah! Na'udzubillah! (Kami memohon perlindungan kepada Allah)! Dia telah menyelisihi sabda Nabi Shallallâhu 'alaihi wa Sallam:
إظفر بذات الدين تربت يداك
"Pilihlah kerana faktor agamanya nescaya engkau beruntung"
Hal ini lebih disebabkan kerana, wanita solehah tersebut memang mempunyai agama yang bagus, namun ia tidak mengetahui caranya. Ia tidak mengetahui bagaimana mendakwahi suaminya. Demikian pula dengan para suami. Kami memohon kepada Allah keselamatan.
Maksudku, seakan-akan mereka menjauh dari orang yang bagus agamanya, padahal orang yang bagus agamanya secara hakiki, pastilah ia mencintai isterinya dan sekalipun ia tidak mencintainya, ia tidak akan menzaliminya.
Jangan berkahwin kecuali dengan orang yang bagus agamanya, kerana dia pasti akan mencintai isterinya dan memuliakannya. Sekiranya ia tidak mencintai isterinya, ia pun tidak akan sekali-kali menzhaliminya. Kerana orang yang bagus agamanya ini takut kepada Allah Azza wa Jalla. Ia benar-benar takut kepada Allah Azza wa Jalla. Namun, kita tidak luput dari kekurangan.
Diantaranya pula semoga Allah menjaga anda adalah nasihat dan interaksi (mu'amalah) di antara kita. Kadang-kadang kita mempunyai sikap kasar dan suka membesar-besarkan suatu kesalahan. Kita punya sifat seperti ini. Oleh kerana itulah semoga Allah menjaga anda ada baiknya merujuk kepada petunjuk Nabi Shallallâhu 'alaihi wa Sallam ketika beliau menyikapi seorang Yahudi.
Datang seorang Yahudi dan dia mengucapkan: "As-Samu 'alaika Ya Muhammad" (Semoga kebinasaan menimpa wahai Muhammad). Dia adalah seorang Yahudi jahat, di sini, Madinah. Dia mengucapkan: "As-Samu 'alaika Ya Muhammad" (Semoga kebinasaan menimpa wahai Muhammad). Nabi menjawab: "wa 'alaik" (dan atasmu).
Lihatlah, bagaimana akhlak beliau ini?! Demi Allah, sekalipun rambut kita mulai memutih, usia kita mulai tua, pelupuk mata kita mulai redup, kita mungkin tidak mampu melakukan hal seperti ini. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam-Nya kepada beliau. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Beliau hanya menjawab "wa 'alaika".
Ibunda kita ('Aisyah) radhiyallahu' anha menjawab, "'alaika as-Sam wal La'nah" (Semoga kebinasaan dan laknat menimpamu). Apa yang menimpamu (wahai Yahudi)?Kebinasaan dan laknat! Nabi mengatakan: "Tenanglah wahai 'Aisyah". 'Aisyah menjawab: "Tidakkah anda mendengar apa yang dia ucapkan?". Nabi pun menjawab: "Dan dirimu, tidakkah engkau mendengar apa yang aku katakan? Aku katakan padanya "wa 'alaika". Dan Allah pasti akan mengabulkan doaku terhadapnya sedangkan doanya terhadapku tidak akan dikabulkan-Nya "
Jadi, kebinasaan dan laknat menimpa dirinya kerana Nabi mendoakan keburukan atasnya. Kemudian beliau meneruskan ucapannya:
إن الرفق ما كان في شيء إلا زانه وما نزع من شيء إلا شانه
"Sesungguhnya, kelemahlembutan itu apabila ada pada sesuatu, ia akan menghiasinya tetapi apabila tercabut dari sesuatu, ia akan memburukkannya"
Agama kita adalah agama kelemah-lembutan semoga Allah menjaga anda-. Maka berlemah-lembutlah terhadap saudara-saudara kalian, bersabarlah atas mereka, tautlah hati mereka dan berilah hadiah kepada mereka. Nabi Shallallâhu 'alaihi wa Sallam pernah memberi hadiah beratus-ratus ekor unta, beliau pernah memberi hadiah kepada seorang Arab Badwi sekumpulan kawanan domba. Sekumpulan kawanan domba! Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam-Nya kepada beliau.
Di dalam masalah aqidah-semoga Allah menjaga anda, di kota Madinah ini, salah seorang saudara kita dari luar Kerajaan pernah saya berikan nasihat tentang masalah yang berkaitan dengan tauhid. Dia berkata kepadaku, "perlahan-lahan lah kepada diriku. Saya sekarang berusia 53 tahun. Sepanjang ingatanku, dahulu ibu sering membawa setiap pagi ke sebuah makam sehingga aku mencium nisan kubur tersebut. Adakah anda ingin agar Saya meninggalkan keyakinan Saya selama 50 tahun ini hanya dengan beberapa patah kata. Perlahanlah! Sedikit demi sedikit. "
Apa yang dia katakan adalah benar. Selama 13 tahun Nabi menghendaki agar mereka (kaum Quraisy) meninggalkan al-Lata wal Uzza. Tidak hanya dalam sehari semalam kemudian Allah menurunkan azab kepada mereka. (Lihatlah) ketika Nabi Nabi Shallallâhu 'alaihi wa Sallam diusir dan malaikat penjaga gunung pun yang datang kepada beliau dan menawarkan, "jika anda mahu, akan kuhantam mereka di antara dua gunung." Nabi menjawab,
لا, أتأنى بهم, لعل الله أن يخرج من أصلابهم من يعبدالله
"Tidak, Saya akan tetap bersabar terhadap mereka, moga-moga saja Allah mengeluarkan dari keturunan mereka itu kaum yang menyembah Allah."
Padahal mereka berada pada kekafiran, beliau mahu bersikap sabar terhadap mereka. Lantas bagaimana kiranya dengan saudara anda seorang yang mempunyai beberapa kekeliruan? Seharusnya anda juga bersabar padanya dan mengucup keningnya. Katakan padanya, "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mencintaimu." "Wahai Mu'adz, sesungguhnya aku mencintaimu". Benar tidak demikian ini? "Wahai akhi, aku mencintaimu".
Bukannya malah anda berkata kepadanya, "anda dan guru anda tidak faham ... kamu ini keras kepala, kamu ..." Tentu saja dia akan menjawab hal yang sama, "anda dan guru anda juga tidak faham." Demi Allah, Allah! (Bersikap baiklah) terhadap saudaramu, semoga Allah menjaga kalian.
Berlemah-lembutlah terhadap mereka, kerana zaman ini adalah zaman ghurbah (keterasingan). Hari ini adalah zaman ghurbah. Apabila anda melihat ada orang yang harumnya harum ahli-Sunnah, maka Kecuplah keningnya, kerana wanginya semerbak.Kecuplah keningnya dan katakan padanya, "Saya mencintaimu".
karya>>sahabat seperjuangan di Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment