Pages

Kisah Syuhada' dibalas neraka.

Pada zaman Nabi, ada seorg lelaki yg berani mempertahankan kaum muslimin dalam peperangan. Semua org pd waktu itu melihatnya sebagai seorg muslim yg baik & gigih dalam perjuangan jihad fi sabilillah.
Allah menjanjikan balasan syurga kepada org-org muslim yg berjuang dalam jihad fi sabilillah. Malah, mereka yg gugur di jalan Allah sentiasa hidup di sisinya & kelak masuk syurga tanpa hisab.
Apabila kaum muslimin berjihad menentang org-org kafir, kalah ataupun menang, tentu mereka berjaya mengalahkan musuh. Sekiranya mereka gugur sebagai syuhada, mereka mendapat balasan syurga. Dalam prosedur cinta di atas, jihad menduduki tempat ketiga selepas Allah dan Rasul. Jelaslah, jihad memiliki tempat yg tinggi & istimewa di sisi Allah. Namun, Nabi Muhammad pernah menyaksikan seorg lelaki yg berani itu dalam medan petempuran jihad & kemudian berkata,


"Siapa yg ingin melihat org yg kelak menjadi ahli neraka, lihatlah org itu!"


Tentu pernyataan Nabi iu menjadikan kaum muslimin berasa hairan dan tertnya-tnya, bukankah org yg Nabi mksudkn itu adalah seorg muslim yg gigih memperjuangkan Islam? Mengapa Nabi mengatakan lelaki itu adalah calon penghuni neraka?
Seseorg yg mendengarkn kata-kata Nabi itu kemudian mengikuti & memperhatikan lelaki yg Nabi katakan sebagai calon penghuni neraka. Dalam satu petempuran, lelaki itu tercedera akibat tusukan pedang. Dia mengerang kesakitan & kerana tidak tahan akan kesakitannya itu, dia meletakkan pedangnya di tengah-tengah dadanya & menusuk hatinya sendiri. Lelaki itu membunuh diri! Nauzubillahi min dzalik! Melihat kejadian yg mengejutkan itu, org yg mengekorinya tadi segera berjumpa Nabi dan berkata, "Aku mengakui sesungguhnya engkau adalah utusan Allah."


Nabi bertanya kepadanya, "Mengapa engkau berkata begitu?"


Orang itu menjawab, "Engkau mengatakn si fulan adalah calon penghuni neraka walaupun dia org yg berani & gigih dalam peperangan demi membela kaum muslimin. Namun, akhirnya, aku melihat dia mati bunuh diri kerana tidak tahan menanggung kesakitan." Demikianlah, kata-kata Nabi bukanlah menurut hawa nafsu. Sebaliknya, semua perkataan Nabi itu benar kerana Allah yg membimbingnya.


Kemudian Nabi bersabda,


"Sesungguhnya ada org yg melakukan pekerjaan isi neraka, masuk syurga. Ada pula org yg melakukan pekerjaan isi syurga, masuk neraka. Sesungguhnya hanya Allah yg tahu menilai sesuatu pekerjaan"
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)

No comments:

Post a Comment