Pages

SOLAT??SEBAB APA KITA SOLAT???


Assalamualaikum warahmatullah..


Apa yg saya tau,mungkin kamu x tau. Apa yg saya x tau, mungkin kamu tau kn? Sama-sama kita kongsi yaa? Ilmu ni saya dpat kat sekolah ,ada ceramah oleh Kak Raihan Rosdyna dgn Achik. Best sngat! Bnyk ilmu yg saya dapat.Sbb tulah saya nk share..Mehh..saya nk share.


Bacalah dgn tenang..Ambil masa lima minit,duduk dan fikir sat.

SOLAT? SEBAB APA KITA SOLAT SELAMA NI?

1. Sebab tanda terima kasih kita kepada Allah.
>>> Cuba kita tgk, setiap anggota badan kita. Ada x yg kita buat sendiri. Kuku ka? Cuping telinga ka? Ada x? X kn?Ni smua milik Allah. Nikmat yg Allah bgi kat kita. X terbayar oleh kita. Dari segi fizikal dan segala keperluan kita. Allah bgi semua kat kita. Allah x pernah minta balasan. Allah x suruh pun kita bayar. Free of charge. Walaupun kita buat maksiat, apa yg Allah suruh kita tinggal, apa yg Allah larang kita buat, Allah tetap bgi segala-galanya kpd kita harini. Ada kita ingat? Ingat pun x, apatah lagi nk bertrima kasih/bersyukur ke hadrat-Nya..-Allah bgi mata,bgi kita lihat harini. Bagi kita baca post ni.
-Allah bgi jantung kita terus berdegup,bgi kita kehidupn pd harini.
-Allah bgi mcm2 lagi.
Byngkn kalau Allah tarik nikmat tu semua balik. Susah kita nanti. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada...


Ok. Saya selitkn dgn 1 story ni..
Ani pinjamkn Ina telefon bimbitnya kpd Ina selama 30 minit sbb Ina ingin menelefon ibunya. Selesai menelefon ibunya, Ina menelefon shbat yg x pasti identitinya selama beberapa jam. Beranglah Ani kerana Ina 'cakap x serupa bikin' sehingga hbis kreditnya..Ikutkn hati ingin sja dia ambil balik telefon itu. Kerana telefon tu adalah hak dia.
*Bayangkan Allah mengambil hak Allah drpd kita. Susah kita nanti. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada...

2. Hadiah daripada Allah kepada kita.
>>> Kawan2 ingat x peristiwa Isra' wa Mi'raj? Itulah peristiwa bermulanya solat 5 waktu. Allah memfardhukan 50 waktu solat utk Muhammad dan umat Muhammad.Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Bayangkan 50 waktu dalam sehari kita kena solat. 5 waktu pun kita liat,apatah lagi 50 waktu.Allah..Allah Maha Pemurah..


Ni saya selitkan lagi dgn story.
Ani mendpat hadiah dri org yg amat dia syg. Dia menjaga hadiah itu sebaik-baiknya & x pernah rosakkan hadiah itu kerana bginya hadiah itu istimewa yg datang dri org yg istimewa.
Hadiah manusia kita boleh hargai. Kenapa tidak hadiah Allah? Hadiah Allah lebih berharga. Hadiah Allah lebih mahal. Hadiah Allah lebih istimewa. Hadiah manusia kita boleh jaga. Masakan hadiah Allah x boleh? Jagalah hadiah Allah ini sebaik-baiknya. Tanda syg kita kepada Allah. Juga syukur akan pemberian-Nya...Alhamdulillah.


3. Sebab kita ini adalah khalifah.
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)
Kita juga merupakan sebaik-baik kejadian.
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
(Surah At-Tin-ayat 4)


>>>Walaupun kita sebaik-baik kejadian, kita sering ingkar akan perintah Allah.Apa yg Allah suruh kita tinggal, apa yg Allah larang kita buat. Matahari x pernah ingkar perintah Allah, x pernah berhenti menyalurkan cahayanya. Begitu juga bulan,terbit ganti matahari & makhluk Allah di muka bumi ni.
Waktu Zohor hbis bila masuk waktu Asar. Waktu Asar hbis bila masuk waktu Maghrib. Waktu Maghrib hbis bila masuk waktu Isyak. Wktu Isyak hbis bila masuk waktu Subuh. Waktu Subuh hbis bila terbit matahari. Tetapi sebagai khalifah x kan kita nk bngun lambat dri org lain.Manusia yg layak utk mentadbir dunia ini. Sebagai khalifah kita kena bangun awal utk solat Subuh, sbb kita kena jumpa Pencipta kita dulu. Ni saya bgi contoh.
~Sultan pnggil Perdana Menteri datang menghadapnya. Tapi PM yg dtang lambat. Yang lain semua dh sampai. Segala Bendahara, Laksamana semua yg sampai dulu. Apa perasaan Sultan? Pasti dia murka kan? Sbb PM x hormat pada Sultan. Bayangkn Allah murka terhadap kita, hamba-Nya, sbb kita tinggalkan larangan-Nya.Azablah buat kita..Nauzubillahimin zalik..


4. Tanda kasih dan sayang kita kepada Rasulullah
Di saat Rasulullah S.A.W hampir wafat... 3 yg Rasulullah tnya.
>Nasib umat Baginda kelak.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"


"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.


Walaupun kita lahir last dri umat para anbia' yg lain, kita masuk syurga dahulu..Pemurahnya Allah kpd kita, Umat Nabi Muhammad..Alhamdulillah.


>Rasulullah S.A.W ingin menanggung kesakitan sakaratul maut semua umatnya. MasyaAllah...


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.


MasyaAllah..Ya Allah. Begitu sekali sayang Nabi kepada kita.Walaupun di saat Baginda hampir wafat, Baginda masih ingatkn kita...MasyaAllah.




>Ummati...ummati...ummati.


Ali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.Dia mendengar 3 perkataan Rasulullah yg terakhir.
"Ummati...ummati...ummati.""Umatku...umatku...umatku"
Pergilah Rasulullah S.A.W buat selama-lamanya..
Walaupun di saat2 wafatnya Baginda, Baginda masih ingat akan kita, umatnya. Bagaimana pula dgn kita?
Rasulullah mencintai kita lebih dari segala-galanya..
Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ sayang Rasulullah ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*


5. Tanda kasih sayang kita kepada kedua ibu dan bapa.
>>>Mereka yg melahirkan kita, menjaga dan mendidik kita. Bagaimana kita nak balas jasa mereka. Salah satunya~SOLAT!
Apa kita buat, ibu bapa kita mendapat saham!
Setiap perkara baik yg kita buat,baiklah saham yg mereka dapat.
Setiap perkara buruk yg kita buat,buruklah saham yg mereka dapat.
Kalau kita sayang mereka, xkan kita ingin melihat mereka masuk neraka? x kan? Oleh itu, solatlah, agar mereka mendapat saham & agar kita dapat menolong mereka menjejaki syurga.
Ada org pernah tnya~"Mcm mna plak kalau ibu bapa yg x solat?"
"Kita sebagai anaklah yg akan membuka jalan ke syurga utk kedua ibu bapa kita,iaitu dgn solat."


INGAT!Apa yg kita buat,mereka mendapat saham!


p/s:~ Kita sebagai manusia tidak terlepas dri melakukan kesalahan, tetapi setiap kesalahan itu harus disusuli dgn taubat nasuha.


p/s:~Setiap manusia ada 2 cctv. Ada 2 buku catatan amalan.Kebanyakannya tulisan di sebelah kiri yg active & x rehat. Tulisan di sebelah kanan pula yg bnyk berehat. Ayuhh, kita ubah sekarang! Biarkan tulisan di sebelah kanan bertimbun-timbun. Dan biarkan tulisan di sebelah kiri pulak yg berehat.


p/s:~Lawan syaitan yg membisikkan di telinga kita itu supaya kita lewat-lewatkn solat/tinggalkan solat. Lawan! Jangan biar syaitan menang. Jangan biar syaitan tepuk tangan kegembiraan.Biar kita yg menang kerana kita telah melakukan apa yg disuruh & meninggalkan apa yg dilarang oleh Allah.Biarlah kita bertepuk tngan kegembiraan kerana kita dekat dengan Allah,Pencipta kita. Itulah yg kita mahu. Ayuhh,lengkapkan rukun Islam kita kalau kita benar-benar Islam yg sempurna.


Tunggu apa lagi..??JOM SOLAT?!!!

2 comments: