
Kisah Al-Qomah dan Ibunya...^_^
Jasa setiap ibu tidak terbalas dek seorang anak.Oleh sebab itulah, wajib bagi seorg anak menghormati dan memuliakan ibunya. Sekiranya tidak, buruk padahnya seperti apa yg menimpa seorang pemuda bernama Alqomah.
Alqomah seorang anak yg mengutamakan isterinya drpd ibunya dan akibatnya, dia menderita sewaktu menghadapi sakaratul maut sehingga tidak mampu mengucapkan kalimah syahadah. Isteri Alqomah tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan suaminya. Dia meminta orang memanggil Nabi Muhammad ke rumahnya. Utusan isteri Alqomah segera mencari Nabi dan pada waktu itu, Nabi sedang bersama para sahabat. Sebaik sahaja utusan itu memberitahu Nabi tujuankedatangannya, Nabi menyuruh Bilal, Ali, Salaman, dan Amar pergi ke rumah Alqomah & melihat keadaannya. Mereka pun segera berangkat ke rumah Alqomah.
Mereka melihat Alqomah berada dalam keadaan yg kritikal.Alqomah sedang nazak dan ajalnya semakin hampir. Para sahabat segera memintanya menyebut kalimah 'Laailahaillallah' tetapi lidah Alqomah kelu & tidak mampu menyebutnya. Melihat keadaan Alqomah yg terseksa itu, mereka tertanya-tanya, apakah yg menyebabkan Alqomah menerima nasib sedemikian sedangkan dia terkenal sebagai pemuda rajin beribadah kpd Allah. Para sahabat membuat keputusan untuk memanggil Nabi Bilal pun segera berangkat hendak menjemput Nabi. Sebaik shj Bilal memberitahu keadaan Alqomah, Nabi bertanya, "Wahai Bilal, adakah bapa Alqomah masih hidup?" Bilal menjawab, "Bapanya sudah meninggal dunia tetapi ibunya masih hidup."
Nabi termenung sejenak dan kemudian berkata kpd Bilal, "Pergilah kamu ke rumah ibunya dan sampaikan salamku. Katakan kepadanya, sekiranya dia masih mampu berjalan, suruh dia datang berjumpa dgnku. Sekiranya dia tidak dapat berjalan, katakan aku akan ke rumahnya." Bilal pun berangkat ke ruma ibu Alqomah lalu meyampaikan perintah Nabi.Ibu AlQomah menjawab,"akulah yg patut pergi menemui Rasulullah."
Bilal dan ibu Alqomah pun segera berangkat bagi menemui Nabi. Sebaik shj mereka sampai di hdpan Nabi, Nabi betanya kepada ibu Alqomah."Terangkan kepadaku tentang Alqomah.Sekiranya kamu berdusta, wahyu akan diturunkn kepadaku." Ibu Alqomah menjawab, "Dia rajin beribadah. Dia mendirikan solat berpuasa dan bersedekhah."Nabi bertanya lagi, "Bagaimanakah hubungan kamu dgnnya?" Ibu Alqomah menjawab, "Aku murka kepadanya.""Mengapa?"tanya Nabi. Ibu Alqomah menjawab, ini kerana dia lebih mementingkan isterinya drpdku & dia menurut kata isterinya sehingga dia menentangku." Dengan jawapan itu, jelaslah mengapa Alqomah menanggung siksaan . Nabi berkata, "Kemurkaan kamu itulah yg mengunci lidahnya drpd mengucap kalimah syahadah."Namun, ibu Alqomah tetap berasa marah walaupun Nabi memberitahu, anaknya sedang terseksa menghadapi sakaratul maut. Melihat keadaan itu, Nabi menyuruh Bilal mencari kayu bagi membakar tubuh Alqomah. Ibu Alqomah bertanya kpd Naabi, "Wahai Rasulullah, adakah tuan hendak membakar puteraku di hdpan mataku?Bagaimana hatiku dapat menerimanya?"Nabi berkata,"Wahai ibu alqomah, seksaan Allah itu lebih berat dan kekal.. Sekiranya kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu, kamu hendaklah mengampunkannya. Demi Allah yg menggenggam jiwaku, tidak ada guna semua ibadahnya, sembahyangny dan sedekhahnya selagi kamu murka kepadanya."
Mendengarkan kata-kata Nabi, hati ibu Alqomah mulai luluh. Dia mengangkat kedua-dua tangannya & berdoa kpd Allah & engkau ya Rasul serta mereka yg hadir di sini, aku memafkan anakku, Alqomah. Mendengarkan ucapan ibu Alqomah itu, Nabi menyuruh Bilal pergi ke rumah Alqomah. "Pergilah kamu wahai Bilal & lihatlah keadaan Alqomah, dapatkah dia mengucapkan kalimah agung 'Lailahaillallah'. Sebaik shj sampai di rumah Alqomah, Bilal mendengar suara Alqomah dgn mudahnya mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah'. Selepas itu, dia pun menghembuskan nafasnya yg terakhir. Kemudian Bilal berkata kpd semua yg hadir di rumah Alqomah, "Wahai semua org yg berada di sini, ketahuilah sesungguhnya kemurkaan ibu Alqomah menghalangnya drdp mengucap kalimah 'Lailahaillallah'. Apabila ibunya redha & memaafkannya barulah Alqomah dapat mengucap kalimah syahah." Berbekalkan kalimah syahadah,insyaAllah Alqomah termasuk umat Muhammad yg dijamin syurga.
Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad datang & berkata, "Segeralah memandi & mengkafankan Alqomah. Nabi kmudian menjadi imam solat jenazah & bersama- sama para sahabat menguburkan Alqomah. Apabila selesai, Nabi berdiri di sebelah kubur itu dan berkata, "Wahai sahabat Muahajirin & Ansar, barangsiapa yg mengutamakan isterinya drpd ibunya, Allah melaknatnya & Allah tidak menerima ibadahnya, baik ibadah fardhu, mahupun ibadah sunah."
"Barangsiapa yg pd pagi hari menjadikn kedua-dua org tuanya redha kepadanya tetapi menjadikan Aku murka, maka Aku turut redha kepadanya. Barangsiapa yg pd pagi hari menjadikan aku redha kepadanya tetapi menjadikn kedua-dua org tuanya murka kepadanya, maka aku juga murka kepadanya."
-Hadis Qudsi-
Daripada hadis dia atas, kita dpat membuat kesimpulan bagaimana Allah mengikut keredhaan org tua kepada anaknya.
Surah an-Nisa', ayat 36,
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dgn sesuatu apa pun serta berbuat baiklah kepada kedua-dua orang tuamu."
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [QS. Al-Isra`: 23]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment