Pages

UNTUKMU SAHABAT-SAHABATKU...

Assalamu'alaikum.w.t.b.


Wahai sahabat-sahabatku, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran semata-mata kerana Allah.


Ingatlah sahabat-sahabatku,
Bila engkau telah bertemu dengan kebenaran,
Janganlah engkau berubah hati
hanya dengan mendengar kata-kata orang lain.
Yakinlah pada diri sendiri
Dan gantungkanlah harapanmu kepada Allah.





Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman : “Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.”
(Al-Ahzab : ayat 3)


Wasiat Sufyan ats Tsauri rahimahullah berikut ini: "Tempuhlah jalan kebenaran dan janganlah merasa asing kerana sedikitnya orang-orang yang melaluinya sehingga membuatmu ragu-ragu".


Rasulullah saw bersabda: "Berbahagialah orang yang asing itu (mereka adalah) orang-orang baik yang berada di tengah orang-orang yang jahat. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada orang yang mengikuti mereka."
(Shahih, HR. Ahmad)


Ibnu Qoyyim dalam kitabnya Madarijus Salikin 3/199-200, berkata: "Ia adalah orang asing dalam agamanya kerana rosaknya agama mereka, asing pada berpegangnya dia terhadap sunnah kerana berpegangnya manusia terhadap bid'ah, asing pada keyakinannya kerana telah rosak keyakinan mereka, asing pada solatnya kerana jelek solat mereka, asing pada jalannya kerana sesat dan rosaknya jalan mereka, asing pada nisbahnya kerana rosaknya nisbah mereka, asing dalam pergaulannya bersama mereka kerana bergaul dengan apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka "


Al Allamah Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata :"Orang yang mempunyai bashirah dan kejujuran, tidak merasa asing kerana kurangnya penyokong dan kerana kehilangan sokongan. Apabila hatinya merasa telah menyertai generasi awal yang telah Allah beri nikmat atas mereka dari kalangan nabi, para shiddiqin, para syuhada 'dan orang-orang soleh, sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik penyerta. Keterasingan seorang hamba dalam perjalanannya menuju Allah merupakan bukti ketulusan niatnya ".
(kitab Ighatsatul Lahfaan min Mashaayidis syaithaan, hlm. 132-135)


al Imam asy Syatibi dalam menghadapi orang-orang pada zamannya. Beliau menuturkan : "Aku dihadapkan kepada dua pilihan. Aku tetap mengikuti sunnah tetapi menyelisihi adat kebiasan manusia. Maka aku pasti mengalami apa yang dialami oleh siapa saja yang menyelisihi adat kebiasaan. Apalagi mereka menganggap adat yang mereka lakukan itu adalah sunnah. Jelas, hal itu merupakan beban yang berat, namun di dalamnya tersedia pahala yang besar. Atau aku mengikuti adat kebiasaan mereka tetapi menyelisihi sunnah dan Salafush Shalih. Maka akupun dimasukkan ke dalam golongan orang-orang sesat, wal iyadzu billah. Hanya saja, aku dipandang telah mengikuti adat, dipandang sejalan dan bukan orang yang menyelisihi. Maka aku lihat, bahwa hancur karena mengikuti sunnah adalah jalan keselamatan. Sesungguhnya manusia itu tidak ada gunanya bagiku nanti di hadapan Allah".


Setelah nyata kebenaran itu bagi kamu, maka janganlah merasa asing kerana tidak ada orang yang menyertaimu. Kerana apabila kebenaran itu bersinar, maka cahayanya akan tampak dan tidak perlu lagi penguat untuk menguatkannya. Hati dapat menilai kebenaran sebagaimana mata dapat melihat matahari. Apabila seseorang telah melihat matahari, maka tidak perlu lagi bukti lain untuk menguatkan pengelihatannya itu.


Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman : "Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui."


"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."


"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-An'am : ayat 115-117)


karya>>>sahabat seperjuangan..di laman Facebook.




No comments:

Post a Comment