aSSaLaMuaLaiKuM...Baca smpai hbis ya shbat..baca sekerat-sekerat,x bestlah kn?Hmm..bacalahh..Renung-renungkanlah..dan selamat beramal!! ^_^
Melihat gondolnya hutan
Melihat nipisnya ozon
Melihat kotornya tepian pantai
Melihat jijiknya sungai
Terfikir dek akal
Gondolnya iman
Nipisnya taqwa
Kotornya akhlak
Jijiknya aqidah
Lantas ,
Teringat azab AllahTragedi tsunami
Trauma ombak Katrina
Bala Allah terlalu hampir
Tak kira warna kulit, bangsa dan agama
Peka kah kitaTaubatkah kitaDengan peringatan itu?
Mungkin dengan tiupan sangkakalapun
Manusia masih leka
Tertipu dengan dunia sementara
Kerana itulah hakikatnya
Remaja lalai dan alpa
Berfoya-foya dan leka
Tiada erti cinta sebenarnya
Tapi nafsu buas bermaharajalela
Kita terpaku dan terkedu
Bersepah kondom selepas konsert
Klip kamera perlakuan sumbang dalam belantara
Siapa mereka?Anak-anak bangsa kita
Yang telah kita semai dengan agama
Yang telah kita tanam dengan iman
Yang telah kita didik dengan sendi moral
Bala apakah ini?
Bagaimana hari-hari yang mendatang
Airmata telah kering
Ibu menangis menerima cucu haram
Ayah tercabar anaknya berkhalwat
Ibu meratapi kematian anak lumba haram
Anak dibunuh kejam
Bala apakah ini
Maksiat bersepah
Di tepi rumah
Di dalam rumah
Di luar jendela
Di peranginan nyaman
Di hotel mewah
Malu?Di mana?Di mata yang memandang
Tiada pada tubuh pelakunya
Itulah hakikat hari ini
Rohani menjerit
Maknanya tiada
Cuma lagu lalai dan leka didodoi AF..
Mentor, Malaysian Idol..
Dan entah apa-apa!
Iman rapuh kalbunya rosak
Punah jasad dek kerana dadah
Cinta nafsu dan emosi
Ya Allah...
Kuatkan semangat jihad ini
Agar dapat ku selami
Agar dapat ku mantapkan
Saudara seIslamku
Ampuni daku dalam keputus asaanku
Kerana da'i tidak kenal erti putus asa...
No comments:
Post a Comment